Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 1:04pm

Selepas Sukses Dengan Pergilah Cinta, Danial Kifli Tampil Dengan Single Musnah

Terkenal menerusi lagu Pergilah Cinta yang berjaya meraih lebih 11 juta tontonan di YouTube, penyanyi Danial Kifli kini memperkenalkan single baharu berjudul Musnah.

Menurut Danial, single Musnah adalah hadiah istimewa buat peminat setia yang sentiasa ternanti-nantikan kesinambungan lagu Pergilah Cinta yang berjaya mencetuskan fenomena sebelum ini.

“Musnah adalah hasil usaha dan kerjasama saya bersama tiga lagi rakan iaitu Amir Hariz, Knight Cydeen dan Hawa Zulaikha.

“Jujurnya saya takut untuk melancarkan single ini kerana Pergilah Cinta berada pada satu tahap yang tinggi dan penerimaannya sangat luar biasa, jadi saya agak gementar untuk melihat maklum balas pendengar untuk single Musnah.

“Tapi Alhamdulillah sebaik muzik video Musnah dilancarkan di YouTube pada 21 Jun lalu, lagu ini terus trending dan kini berada di tangga ke-15.

“Malah jumlah tontonan untuk single ini juga mencatatkan peningkatan yang ketara. Kalau sebelum ini menerusi single Pergilah Cinta jumlah tontonan sekitar 15,000 sehari, tapi Musnah mencecah 25,000 tontonan sehari.

“Saya harap Musnah akan diterima baik sekali gus mencatat satu lagi sejarah baharu untuk portfolio kerjaya saya sebagai pendatang baharu dalam bidang ini,” katanya yang bernaung di bawah Awal Muzik Entertainment.

Tambah Danial, kelainan yang di bawa dalam muzik video Musnah adalah susunan muzik yang lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat.

“Selain itu saya juga cuba memantapkan vokal supaya kehadiran saya terus diterima baik. Saya tidak mahu dilabel sebagai penyanyi syok sendiri atau hanya bersandarkan rupa tapi saya nak dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai pakej lengkap,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Danial berharap Musnah dapat mencipta satu keajaiban iaitu menembusi pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Moga Musnah ada keajaiban yang tersendiri selain terus diterima baik oleh peminat. Saya harap single ini dapat pergi lebih jauh dan terus didengari, bukan saja di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Selain itu, sudah tentu saya mengharapkan lagu ini berjaya ke pentas AJL kerana ia menjadi impian setiap penyanyi,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

肥妈笑话「攞命」三位亚洲天后让安哥安娣也疯狂!

叶丽仪、陈洁灵及玛俐亚三大亚洲天后聚在一起「豪唱、豪情、豪笑」让台下安娣安哥级的观众嗨翻天,还抛开年龄的包袱忘我地跳舞!

Hiburan Wed, 22 Jun 2022
Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat. Perkara itu […]

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

挥别7年情!邱翠雯靠创作《也许以后》自我疗伤

全新单曲《也许以后》,邱翠雯用创作记录了在放下7年感情后疗伤过程中的经历感受。

#ThrowbackXTRA Wed, 29 Mar 2023