Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2024 @ 4:20pm

Dapat Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal, Ada Netizen Dengki Pertikai Kelayakan Puteri Sarah

Kemenangan meraih Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal baru-baru ini ternyata tidak disenangi oleh ramai pihak sehinggakan nama pelakon popular Puteri Sarah Liyana kembali menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di sebuah portal hiburan popular, rata-rata warganet mempertikaikan kemenangan yang diraih aktres itu sekaligus menganggap anugerah itu lebih layak diberikan kepada pelakon, Rita Rudaini.

Ini kerana, mereka berpendapat bahawa Rita lebih banyak mengharungi ujian disamping membesarkan kedua-dua anak lelakinya dengan baik sehingga  memperolehi keputusan yang membanggakan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan netizen tampil memberikan resposn positif dan menyifatkan kemenangan Sarah sebagai rezeki untuknya.

Sekadar info, Sarah mendapat pengiktirafan apabila diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran Dan Malam Anugerah MommyHana yang berlangsung baru-baru ini.

Pemilihan tersebut juga adalah berdasarkan impak positif yang diberikan aktres itu kepada masyarakat di luar sana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2020
Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Trending Fri, 30 Jul 2021
Featured Fri, 10 Jun 2022
Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️

Trending Fri, 2 Nov 2018

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.