Dapat ‘Featured’ Di Instagram Jenama Terkenal, Hael Husaini Siap Posing Tayang Dada!

Penyanyi dan pelakon, Hael Husaini ditampilkan untuk sebuah jenama terkenal antarabangsa iaitu Dolce & Gabbana.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia turut berkongsi foto yang diambil oleh jurugambar terkenal, Luigi and Lango yang pernah bekerjasama dengan selebriti dan model terkenal antaranya Penelope Cruz, Naomi Campbell, Gigi Hadid, Kate Moss dan ramai lagi.

Foto tersebut menunjukkan Hael menggayakan ‘oversize blazer’ sambil menayangkan bahagian dadanya.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan selebriti antaranya Awal Ashaari, Ning Dalton, Uyaina Arshad serta netizen turut terpukau dengan foto yang dikongsi Hael tersebut.

“He mendunia macam mana pulak! Moga dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki seluas-luas langitnya.

“Wow lanjeee.

“Somebody gimme water please. Too hot to handle,” komen netizen.

Maya Basir