Darah Mengalir Macam Air, Doakan Achey Sembuh

Penyanyi dan pelawak, Achey berkongsi tentang tahap kesihatannya apabila sekali lagi mengalami pendarahan hidung menerusi akaun instgram miliknya semalam.  Menurut Achey, situasi tersebut berulang kembali sebaik sahaja beliau pulang ke Kuala Lumpur.

Perkara sebegini bukanlah pertama kali terjadi kerana hujung Januari lalu beliau memberitahu darah yang keluar dari hidungnya sama seperti air paip.
Dan, perkongsian pelawak ini mendapat perhatian netizen apabila rata-rata followers Achey memberikan tips dan memberi cadangan agar beliau segera mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan x-ray.
Apapun, sama-samalah kita doakan agar kesihatan Achey kembali sembuh seperti sedia-kala. Al-maklumlah, beliau juga antara peserta program Bintang Bersama Bintang 2019 yang akan menemui penonton bermula Ahad ini, jam 9 malam hanya di TV3.
Salma Syahbuddin