Featured By: Atiqah Johari February 8, 2023 @ 3:05pm

“Dari Dulu Lagi Kau Kekwat!” – Kesal Dengan Sikap Biadap, Noorkhiriah ‘Sound’ Pelakon Baharu?

Baru-baru ini, pelakon Noorkhiriah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) meluahkan mengenai sikap seorang pelakon yang dikatakan tidak hormat kepada pelakon senior.

Menerusi hantaran tersebut, Noorkhiriah menyatakan bahawa pelakon tersebut sudah lama bersikap sedemikian.

Jelas Noorkhiriah, dia bukan minta untuk disanjung namun cukup sekadar dengan menunduk tanda hormat kerana dia sendiri tidak akan bersalam dengan lelaki.

“Akak memang dah tak sefemes kau dik… tapi harus diingat, bumi ini bulat. Mungkin kau baik dengan fan (peminat) tapi kau tak hormat senior.

“Akak jarang nak up benda-benda macam ini tapi cukup sekadar tunduk… tanda hormat, akak pun memang tak salam dengan lelaki jangan risau.

“Dari dulu lagi kau memang kekwat… beza betul pelakon dulu dengan sekarang.

“Adab dan akhlak penting. Akak tak ada kepentingan sebab itu hilang hormat, cuba akak Producer,” luahnya.

Tambah, pelakon drama Nur itu berpendapat bahawa mempunyai adab dan akhlak lebih penting daripada tidak cukup makan kerana ia akan dibawa sampai mati.

“Tak apalah akak maafkan hati akak sendiri, mungkin hati akak jahat fikir macam itu. Biarlah orang buat kita… jangan kita buat orang.

“Kadang-kadang biar tak cukup makan, jangan tak cukup adab. Pengajaran buat akak untuk didik anak-anak jangan jadi macam itu.

“Tak payah hormat sampai sembam muka ke bumi… cukup dengan HORMAT. Zaman ini bukan zaman akak lagi tapi ADAB & AKHLAK akak bawa sampai ke mati,” katanya.

Sekadar info, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, turut melakukan kerja amal menguruskan jenazah secara percuma bersama suaminya, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak dua tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

“Ketiak Dia Lagi Flawless Dari Muka Aku” – Netizen Kagum Dengan Ain Edruce

Menjaga kebersihan tu kan sangat dititikberatkan…

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Sweet! Gelagat Anna Jobling & Meerqeen Nyanyi Sambil Pakai Pyjamas Sedondon Raih Perhatian

Umum mengetahui, pasangan serasi drama Anna Jobling dan Meerqeen sedang berada di set penggambaran drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini. Artike Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’

Featured Fri, 1 Jun 2018

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Hosiani sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut mengambil alih gelaran berprestij itu.

Featured Thu, 26 Apr 2018

Ditemubual Ellen DeGeneres, Henry Golding Rasa Macam Tak Percaya

Henry Golding saat menggambarkan pengalaman berharga ditemubual Ellen DeGeneres yang pastinya menjadi momen tidak akan dilupakan itu sebagai mimpi menjadi kenyataan.

Featured Thu, 25 Feb 2021

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri Bagi…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

BTS Will Finally Make Their Comeback on April 18th!

They’re also releasing another album. ARMYs are going crazy!

Featured Fri, 10 Feb 2023
Trending Mon, 22 Nov 2021

Jom Semak Perkara Yang Anda Kena Ambil Tahu Mengenai Bayaran Balik PTPTN, Check It Out!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi dalam kalangan pelajar dan graduan. PTPTN menjadi sebab ramai antara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan?

| Live TV