Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Isteri pertama kepada usahawan sensasi, Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih mesra disapa sebagai Datin Red mendedahkan suamianya itu tidak pulang beraya bersama.

Datin Red berkata demikian menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram (IG) bagi menjawab soalan netizen yang bertanya sekiranya ada sambut beraya bersama Datuk Red.

“Datin, Tok Red ada balik raya baru-baru ni?,” soal netizen.

“Kalau saya tak post tu, maksudnya tak ada la kot kan,” jawab Datin Red ringkas.

Sebelum ini, Datuk Red meminta isteri pertamanya itu diberi ketenangan dan terbuka hati untuk menarik semula tuntutan cerai sebelum Mei ini.

Datin Red memfailkan penceraian pada penghujung Januari lalu.

Hasil perkahwinan Datuk Red bersama Datin Red mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Takut Mereka Pandang Serong Lepas Saya Dah Conteng Arang” – Datuk Red Gementar Beraya Bersama Keluarga Adira, Syukur Dapat Beri Nafkah Isteri

Artikel Berkaitan: “Bagi Saya Peluang Untuk Berdiri Balik” – Datuk Red Mohon Dua Isteri Tarik Semula Tuntutan Cerai

Artikel Berkaitan: “Tak Nak Langsung Ada Masalah Dengan Manusia” – Hilang Mood Raya, Datin Red Mahu Dipermudah Urusan

Aqilah Paharuzi