Hiburan By: SGMS Enal June 29, 2019 @ 2:57pm

Datin Shahida Tutup IG Anak Angkat

Siapa saja yang tak ikuti perkembangan anak angkat kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ameena di Instagram. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa akaun milik Ameena tidak lagi kelihatan.

Terbaru, Datin Shahida mendedahkan akaun media sosial milik anak angkatnya itu telah pun ditutup. Shahida memberitahu dia terpaksa menutup akaun tersebut kerana sering menjadi tempat perbalahan dikalangan netizen.

“Banyak yang tanya mana IG Ameena. Untuk pengetahuan semua saya dah tutup sebab banyak sangat yang tukang jaga pakai mulut

 “Itu tak kena ini tak kena.Bergaduh sesama sendiri. Dengan saya pun stress terjebak. Alhamdulillah sejak takda ig tu hidup saya makin tenang. Biarlah dia jalani hidup biasa sebab mak ayah kandung dia pun orang biasa.

“Nanti gaduh-gaduh komen itu tak tak kena ini tak kena ada yang makan hati bila baca komen terutama parents kandung dia.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu ada pula netizen menuduhnya mengambil kesempatan untuk menumpang populariti Ameena.

“Ada pula yang cakap saya jaga sebab nak ambik kesempatan tumpang populariti? Saya pun confius sekejap.

“Jadi untuk memastikan saya tak tumpang populariti Ameena saya tutup la ig dia ya biar dia hidup dengan aman damai dan bahagia,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan keputusan menutup akaun Instagram Ameena. Kata netizen lagi, selepas ini tiada lagi mulut makcik bawang yang sibuk membandingkan Ameena dengan anak-anak lain

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Jun 2022
Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Featured Thu, 20 Oct 2022
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Fri, 25 May 2018

Usia 60 Tahun Bukan Penghalang, Amy Search Dapat Anak Lagi?

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah mengumumkan berita gembira melalui laman instagram miliknya apabila isterinya @qasander mengandung lagi.

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Betul Ke K-Clique Nyanyi ‘Miming’ Di Konsert Lazada 11:11?

Betul ke? Apa kata korang tentukan sendiri okay!