Hiburan By: SGMS Fas February 16, 2018 @ 8:32am

DAVID TEO TETAP BERPANTUN LUAH PERASAAN SEDIH

Tahun Baru Cina kali ini pastinya disambut muram oleh produser, Mejar (K) David Teo yang kehilangan ayah tersayang, Teo Tuan Ching,  akibat kanser paru-paru pada Rabu lalu, di kediamannya di Segamat, Johor.

David yang popular dengan ucapan  pantun setiap kali berbicara turut melahirkan  perasaan sedihnya melalui pantun yang dimuat naik ke Instagramnya.

Pantun empat keratnya  berbunyi:

 ‘Bunga Melati di atas palang

  Sungguh cantik berseri-seri

  Sedihnya hati bukan kepalang

  Kini ayah tiada disisi.”

Pantun tersebut dimuat naik sebagai tanda ucapan  terima kasih kepada semua sahabat handai dan kenalan yang mengucapkan takziah kepadanya.

“Semoga semua diberi kesejahteraan olehNya,” tulis David.

Semasa hayatnya, mendiang Teo, 89,  tinggal bersama David  di Kota Kemuning sebelum pulang ke Segamat kira-kira dua minggu lepas.

David sempat berada di sisi ayahnya semasa mendiang menghembuskan nafas terakhir.

Teo dijangka dikebumikan di Segamat, Selasa depan.

Takziah Mr. David daripada kami semua di xtra.com.

Kredit foto atas: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

Wany Hasrita Selesa Keluar Zon Selesa

Saya tidak mahu lagi bakat diperkecilkan.

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Events Wed, 2 Nov 2022

Eizlan Yusof, Ahmad Idham & Lando Zawawi Antara Calon PRU15 Wakili Gerakan Tanah Air (GTA)

Eizlan, Idham & Lando bakal bertanding di Sabak Bernam, Port Dickson & Tanjong Karang.

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

大年初三:免费观赏《春天花啦啦!一屋满堂》

好事成双!在这个充满欢乐佳节气氛的2月份,马来西亚第一网络电视 tonton 将于2月18日开放《春天花啦啦!一屋满堂》让用户免费观看,以及给予Android用户享有50%新春优惠升级成为VIP会员。

Featured Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Zalfa Zin Memilih Watak?

Mungkin juga kerana wajah nampak seperti sombong…

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Temui Pengganti…Hati Sam Bunkface Sudah Terisi?

Vokalis Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam Bunkface mengatakan walaupun telah bercerai dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin Januari lalu, hidup masih diteruskan seperti biasa.  Sepuluh bulan menduda tidak menutup pintu […]

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

‘Tiba Masa, Saya Beritahu’ – Haliza Misbun

Kalau boleh, saya nak jarakkan hal kerjaya dan peribadi…Apapun, kami tak sabar nak lihat Kak Haliza naik pelamin nanti. Pasti cantik!