Hiburan By: Padin August 25, 2021 @ 6:32pm

Dayana Roza Selamat Lahirkan Anak Sulung Secara Pramatang, Beri Nama Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza, 30, selamat melahirkan anak sulungnya secara pramatang pada 20 Julai lalu.

Pemilik nama penuh Nur Dayana Kamsun Baharin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.4 kilogram secara normal diberi nama Astrid Raheeya.

“Sepatutnya saya melahirkan anak sulung pada bulan hadapan. Alhamdulillah, keadaan saya dan anak baik-baik sahaja. Semuanya okay dan terkawal.

“Cuma ikutkan perihal lahir tak cukup bulan ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup keluarga saya. Saya sendiri lahir tak cukup bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

“Malah adik saya pun mengalami situasi sama seperti saya dan anak. Jadi saya rasa tak pelik. Cuma syukur tak ada komplikasi yang terjadi kepada anak saya,” katanya yang menyambut kelahiran anak sulung pada sambutan Aidiladha yang lepas.

Cerita Dayana lagi, sebelum dia melahirkan anak pada jam 11 malam, dia begitu rancak menikmati hidangan makanan raya pada siang harinya.

“Saya bedal macam-macam termasuk lemang, rendang dan sebagainya. Sebelah petang sebelum dimasukkan ke hospital, saya sebenarnya mengalami pendarahan. Tapi tidaklah teruk sangat.

“Hinggalah membawa ke malam saya selamat melahirkan anak. Takut juga sebab saya lahir tak cukup bulan, bimbang apa-apa terjadi. Tapi semua baik baik saja. Seminggu juga saya bermalam di hospital,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Ditanya mengenai nama anak yang dipilih, ia adalah keputusan bersama suaminya.

“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.

“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya.

Dayana dan suami, A’dale Adham Ayahudin, 34, mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Usia Baru 20 Tahun, Kekayaan Kylie Jenner Kini Cecah RM3.2 bilion

Pengaruh adik bongsu dalam keluarga selebriti Kardashian ini setanding kakaknya yang lain. Pada usia 20 tahun, Kylie sudah bertaraf jutawan muda. Anda memang hebat!

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Peminat Ola Bola, Ini Mungkin Berita Gembira buat Korang!

Tak sabar rasanya nak tengok Ola Bola The Musical Returns! Dengar cerita Altimet pun ada

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Looks Like BLACKPINK Will Be Making Their Hollywood Debut Soon

They just signed with Interscope Records!

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia

Trending Sat, 29 Jan 2022

‘Milik’ Papar Transisi Kedewasaan Irfan Haris

Setahun tidak muncul dengan sebarang produk, penyanyi Irfan Haris muncul dengan single terbaharu berjudul Milik. Single yang berentak pop moden ini telah dicipta oleh Irfan sendiri bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan,

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Ini Sebab Kenapa Emma Maembong Dilabel ‘Playgirl’

Adakah gelaran tersebut diberikan kepada Emma kerana dirinya itu dilihat sangat rapat dengan beberapa pelakon lelaki lain?

Trending Thu, 24 Feb 2022

“Pengalaman Dalam Lokap 3 Hari 2 Malam Detik Hitam Terburuk” – Tauke Jambu

Pelawak Tauke Jambu mengakui pengalamannya ditahan dalam lokap selama tiga hari dua malam sekitar Ogos 2021 merupakan detik hitam terburuk yang berlaku dalam hidupnya. Menjadikan insiden terbabit sebagai satu ujian, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak

| Live TV