Featured By: Fatin Nurain September 5, 2022 @ 3:12pm

Dayini Teruja Nak Dapat ‘Daddy’ Baharu, Akui Mas Idayu Nampak Lebih Happy

Anak penyanyi Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqa, 25, mengakui teruja dan tidak sabar untuk menerima kehadiran bapa baharu pada 16 September ini.

Menurut Dayini, dia turut gembira melihat perubahan besar ibunya yang bakal berkahwin kali kedua tidak lama lagi.

“Hari-hari tengok ‘mummy happy’ sekarang. Nampak sangat ‘mummy’ berseri-seri menjelang majlis bermaknanya itu nanti. Dalam pada teruja, nampak jugalah rasa gundahnya tapi ‘mummy’ memang beria jayakan setiap majlis diatur buatnya.

“Sebagai orang yang paling setia berada di sisinya, saya dapat rasakan kebahagiaannya. Saya pun tak sabar terima ‘daddy’ baharu meskipun hakikatnya sudah kenal rapat dengannya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Mas Idayu telah mengadakan majlis bersiram air bunga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa gemuruh apabila dirinya masih lagi menerima banyak tajaan untuk hari bahagianya sehingga terpaksa menolak tawaran beberapa pihak.

“Tajaan kini hampir mencecah RM8 juta dan masih ada banyak yang masuk. Saya terpaksa menolak tawaran termasuk yang datang dari utara tanah air memandangkan sudah menetapkan ambil tajaan terdahulu.

“Saya tak nafikan memang sekarang ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena menghitung hari menjelang majlis nikah nanti. Syukur sangat saya cuma perlu ‘bawa badan’ kerana tajaan sudah lengkap pada majlis itu,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu mengumumkan bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, pada 16 September ini.

Sebelum ini, penyanyi itu juga memaklumkan mereka mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tinggal Barang Hantaran” – Menjelang Detik Bahagia, Mas Idayu Nikah 16 September?

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu Akui Banyak Dugaan Menjelang Hari Bahagia – “Kami Bermasam Muka Sewaktu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Tercatat Dalam Malaysia Book of Records, Mas Idayu Bersyukur Majlis Kahwin Terima Tajaan Cecah RM7 Juta!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Mar 2024
Selebriti Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Tue, 7 Mar 2023

Bapa Abby Abadi Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihiraji’un

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Bagusnya Akim, sanggup datang walaupun penat!

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

‘Saya Minta Maaf’, Haqiem Rusli Mengaku Silap

Penyanyi Jatuh Bangun ini juga mahu berehat seketika di Twitter sehingga keadaan jadi reda.

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Ifa Raziah Tersingkir, Hazami Bangkit Rangkul RM5,000… Ini Recap Konsert Keempat!

Ifa Raziah peserta pertama tersingkir di minggu keempat. Tak sabar konsert kelima dimana semua peserta akan bawa lagu luar daripada genre mereka! #TerpalingJuara #Playlist AJL

Trending Sun, 11 Jul 2021

Comelnya Aina Abdul & Daniesh Suffian Menari… Jom Saksikan Muzik Video Warna Warni!

Sekitar hujung tahun lalu, penyanyi Aina Abdul dan Daniesh Suffian pernah bertarung dalam program realiti Vokal Mania di TV3. Kini, mereka berdua digandingkan dalam sebuah lagu duet baru berjudul Warna Warni! Baru sahaja dilancarkan, single […]

Featured Fri, 30 Sep 2022