Featured By: Fatin Nurain December 6, 2022 @ 6:50pm

Dedah Terkena Sihir Pemisah, Bella Astillah & Aliff Aziz Mahu Teruskan Hidup Seperti Biasa

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia dan suaminya, Aliff Aziz terkena sihir pemisah rumah tangga yang didakwa telah dihantar oleh seorang wanita.

Menurut Bella, sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat hubungannya bersama Aliff berantakan.

“Sebenarnya terlalu berat untuk saya ceritakan. Tapi, menurut kata ustaz yang merawat itu adalah sihir pemisah rumah tangga. Hubungan saya dengan Aliff juga jadi tak okay disebabkan perkara itu.

“Tapi Alhamdulillah, sudah ada perubahan selepas kami berubat. Saya juga bersyukur sebab Aliff pun terbuka hati untuk ikut berubat sebab ramai pasangan yang terkena perkara sebegini enggan untuk berubah,”katanya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Bella ketika ditemui di sidang media Family Duo Musim Terbaharu sekitar Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Bella juga sempat berkongsi tentang gangguan-gangguan yang dialami mereka sekeluarga dengan antaranya mimpi buruk.

“Saya pun ada mimpi ular. Tetapi Aliff alami mimpi yang lebih buruk seperti saya bawa balik lelaki dalam rumah dan nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam.

“Tetapi, selepas episod hitam itu berakhir, saya dan Aliff kini lebih berinisiatif untuk memperbaiki diri masing-masing. Mungkin ada kekhilafan saya juga.

“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi saya selain sering memberikan sokongan moral. Kami sedar, kami perlu kuat untuk pertahankan rumah tangga kami,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Boleh Maafkan” – Kerap Mimpi Ular, Bella Astillah Jadi Mangsa Ilmu Hitam Sehingga Dirinya Jatuh Sakit?

Selain mengambil perkara tersebut sebagai iktibar, penyanyi itu turut mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian tentang keluarga di media sosial.

“Kami anggap ini ujian dan mungkin ini teguran untuk saya juga untuk mengurangkan membuat perkongsian di media sosial. Saya juga ingin meminta maaf sangat-sangat jika ada mana-mana pihak yang tidak selesa dengan perkongsian saya di media sosial selama ini.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang keluarga di media sosial,”katanya.

Tambah Bella, Aliff juga telah menasihatkannya untuk tidak mencari asal atau dalang di sebalik dugaan ini selain mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Mohammad Ayden Adrean,5, dan Ara Adreanna,2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Sep 2019

Warkah Mohon Maaf Buat Permaisuri Agong

Hari ini hangat diperkatakan tentang akaun twitter Permaisuri Agong dinyahaktifkan. Terbaru di Twitter, kelihatan ada permohonon maaf dari individu bernama Firdaus Asraf.  Melalui twitternya sebelum ini, ada menulis kata-kata yang negatif tentang baginda dimana ianya […]

Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Trending Thu, 23 Apr 2020

Pengumuman Semalam Tak Berkuatkuasa Secara Automatik, Orang Ramai Tidak Dibenarkan Balik Kampung -Menteri Kanan

Pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

Featured Thu, 28 May 2020

Malaysia catat 10 kes baharu positif COVID-19, tiada kes kematian

Jumlah kes harian terendah sejak COVID-19 dikesan di negara ini

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Tue, 21 May 2019

‘Kacak, Cantik Bukan Tiket Jadi Chef Selebriti’- Chef Wan Kecewa Dengan Chef Selebriti Otak Kosong?

Yang ada niat nak jadi chef selebriti, dengar apa Datuk Chef Wan pesan…

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

BTS Nominated for ‘Favourite Global Music Star’ and Gains More Recognition!

2017 was an amazing year for BTS but it seems like 2018 will be even better than ever! These boys are truly talented and they deserve the recognition.