Featured By: Atiqah Johari August 25, 2022 @ 7:11pm

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Tidak dapat dinafikan kecantikan rupa paras yang dimiliki oleh anak pelakon popular, Que Haidar sering menjadi tumpuan wargamaya.

Baru-baru ini, anak-anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine sekali lagi mencuri tumpuan wargamaya apabila menjadi tetamu di sebuah program televisyen dan memuat naik gambar kedua-dua puterinya itu di laman sosial.

Menerusi perkongsian gambar yang dibuat, dilihat kedua-dua anaknya mengenakan pakaian berwarna hitam dengan solekan yang minimalis sambil menulis nama anaknya dibahagian kapsyen.

“Y.M Tengku Ratu and Y.M Tengku Cleopatra” tulis Que diruangan kapsyen.

Susulan itu, gambar yang dimuat naik Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 43, itu dibanjiri dengan pujian terhadap anak-anak daranya itu.

Bukan itu sahaja, ada segelintir yang menyamakan raut wajah anaknya itu dengan selebriti antarabangsa.

     

Tambah, Que Haidar dipuji oleh wargamaya kerana pandai mendidik anak-anaknya itu apabila mendedahkan bahawa anak-anaknya tidak memiliki sebarang akaun media sosial kerana beranggapan mereka masih belum bersedia ketika menjadi tetamu di sebuah program televisyen.

Untuk info, Que Haidar telah mendirikan rumah tangga bersama koreografer tarian terkenal, Linda Jasmine pada 14 Februari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 13 dan Tengku Cleopatra Haidar, 10.

Linda turut memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 22, hasil perkahwinan terdahulu.

   

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Apr 2022

“Kami Dikecam ‘Berkiblatkan’ BTS, Perosak Industri”- Da Unknown Akui Terasa, Tapi….

Baby sayang… Jangan marah… Ku tahu ku bersalah, ku tak sengaja…

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Datuk Fazley Yaakob Dapat Anugerah Lagi

Tahniah! Datuk Fazley Yaacob menang anugerah lagi.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Kita doakan yang baik-baik untuk Masya

Trending Sun, 8 Nov 2020
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Akhirnya…Tahniah Mat Dan!

Lelaki Inggeris yang berasal dari Bristol, Britain itu telah memenuhi kesemua kriteria ditetapkan termasuk sumbangan diberikan dalam mempromosikan Terengganu dan Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.

Featured Sun, 12 Sep 2021