Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2022 @ 7:23pm

Dedah Wajah Ibu Kandung, Myra Natasya Lega Tidak Perlu Berselindung Lagi – “Jika Mereka Berjodoh Kembali, Saya Paling Gembira”

“Akhirnya, Kami bertiga dapat bersatu.. Aidilfitri paling bermakna..”

Demikian perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon baharu, Myra Natasya Abdullah, 27, di akaun Instagram miliknya yang memaparkan gambarnya bersama bapanya, pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 57, dan ibunya, Yusnita Omar, 47.

Memetik laporan Harian Metro, ini merupakan kali pertama Myra dapat merakamkan momen indah ini dengan mengambil gambar bertiga seperti satu keluarga.

“Raya paling bermakna.

“Inilah wajah ‘mommy’ saya yang juga bekas isteri, Halim Othman yang selama ini ramai orang tidak pernah tahu.

“Saya gembira dan bersyukur kerana Aidilfitri baru-baru ini, akhirnya dapat menyatukan kami bertiga serta bergambar bersama-sama.

“Susah juga pada mulanya untuk saya pujuk ‘mommy’ bergambar bertiga.

“Sebabnya bagi ‘mommy’ dia hanya orang biasa manakala, saya dan ayah pula memang terbabit dalam industri seni serta dikenali masyarakat,” katanya.

Apabila disoal mengenai harapannya jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali, Myra berkata dia akan menjadi insan paling gembira sekiranya masih ada rezeki jodoh untuk mereka bersatu kembali.

Namun, Myra akur perjalanan dan takdir kehidupan setiap insan ditentukan oleh Allah SWT.

“Dalam hal jodoh ini, terserah kepada mereka berdua.

“Untuk saya sendiri, sudah sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segala rahsia yang disimpan kemas selama ini sudah terlerai. Kini, kami sekeluarga dapat memulakan kehidupan baharu.

“Kami sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa merahsiakan identiti lagi.

“Malah, saya juga dapat mengatur kerjaya seni dengan baik di atas segala peluang dan sokongan positif yang diberikan oleh semua pihak dan masyarakat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

Terdahulu, pada awal April Myra mendedahkan dia merupakan anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsiakan’.

Halim dan bekas isterinya, Yusnita berkahwin di Thailand pada 1994 dan tidak didaftarkan di Malaysia. Dek kerana itu, nama Myra berbintikan Abdullah, meskipun dia adalah anak kandung Halim yang sah.

Terbaru, Halim memutuskan untuk mengekalkan nama Myra berbintikan oleh Abdullah dan bukan berbintikan namanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019
Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

YUNA DAPAT PUJIAN LAGI?

Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga yang berasal dari Kedah apabila berhadapan situasi sukar ketika bercuti disana

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah.