Hiburan By: SGMS Faida May 23, 2018 @ 8:40am

Deja Moss Kelu, Akui Biasa Hidup Sendiri

Penyanyi Deja Moss mengakui beliau sudah biasa hidup sendiri memandangakan ini bukan kali pertama dia ditinggalkan pada bulan Ramadhan.

Ramadan kali ini adalah tahun kedua dirinya ditinggalkan suami, Azfendy Azzuddin Ahmad.

“ Saya sudah terbiasa hidup bersendirian. Sebenarnya Ramadan tahun lalu tiga minggu kami tidak berpuasa bersama sebab suami ada urusan kerja di Johor. Jadi, saya berpuasa seorang diri. Suami pun tidak bawa saya bersama.

” Tahun ini sekali lagi saya menyambut Ramadan berseorangan. Bagi saya sekarang, kalau hidup berdua atau sendiri, sama saja sebab memang selalu ditinggalkan. Pendek kata, saya sudah biasa hidup seorang diri,” katanya kepada Harian Metro.

Deja yang ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, membabitkan kes perceraian yang difail suaminya pada 5 Mac lalu tidak dapat menahan air mata tatkala berkongsi nasib menimpa dirinya.

“Kita mampu merancang, tetapi Allah SWT menentukan segalanya. Saya tidak tahu nak cakap apa lagi,” katanya ringkas.

Status perkahwinan Deja dan suami akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatan kuasa pendamai (JKP) mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Halimatumsa’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja selaku defendan selepas prosiding dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

Sebab Ariana Grande, Majlis Pengebumian Bertukar Kecoh?

Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan beliau tidak sedar tindakan ‘terlebih mesra’ pada majlis itu.

Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Complete Your Starbucks Tumbler Collection with This New Summer Series Release

Even if you’re not a collector, you’ll want these tumblers for sure.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

error: Content is protected !!