Demi Watak Ainun, Maudy Ayunda Sanggup Berhenti…

Pelakon Indonesia Maudy Ayunda mengumumkan bakal membawakan watak Ainun dalam filem Habibie & Ainun 3, yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Menurut pelakon berusia 24 tahun ini dia akan berhenti melakukan aktiviti lasak buat sementara waktu.

“ Saya membawa watak sebagai Ainun ketika di SMA (sekolah menengah atas), harus lebih kurus,” katanya kepada Kompas di sidang media Habibie & Ainun 3 di MD Place, Setiabudi, Jakarta Selatan, hari ini.

Tambah Maudy, oleh kerana dia membawakan watak sebagai remaja sekolah dia perlu mengetepikan aktiviti olahraga buat seketika.

“ Saya juga harus berusaha menampakkan sosok seperti Ibu Ainun iaitu isteri presiden Republik Indonesia ketiga, B. J Habibie.

“ Sedikit sebanyak saya perlu lakukan sedikit perubahan agar nampak lebih muda beberapa tahun ke belakang,” katanya.

SGMS Faida