Walaupun pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sering terpalit dengan kontroversi, namun bekas isterinya, Bella Astillah setia menanti dengan hati yang terbuka sekiranya satu hari nanti mereka kembali bersama demi anak mereka Mohamad Ayden Adrean.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah (25) berkata apa pun keputusan yang bakal diambil, ianya selepas berfikir panjang dan dibincangkan bersama keluarga.
“Sebenarnya sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermusuh…semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean.
“Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.
“Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai,” katanya kepada BH Online.
Tambah Bella, dia juga kerap ke Singapura membawa anak mereka berjumpa dengan ayahnya dan setiap kali mereka hendak pulang ke Malaysia Ayden akan menangis.
“Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.
“Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Bella juga mendakwa bekas suaminya itu terkena buatan orang dan sedang dalam proses untuk berubat.
“Di sana, Aliff sebenarnya sedang sakit. Keluarganya sedang berusaha mencari alternatif untuk mengubatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan.
“Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi gila.
“Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan.
“Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya,” kata Bella kepada Harian Metro.
Bella juga kerap disindir netizen dan disuruh mencari lelaki yang lebih baik dari bekas suaminya itu. Namun, Bella berkata fokusnya hanya lah untuk membesarkan Ayden dan tidak mempunyai masa untuk mencari pengganti.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.
Apa-apa pun kita doakan kesudahan yang baik-baik untuk pasangan ini.
Kredit Foto: Instagram @bellaastillah