Hiburan By: SGMS Faida September 19, 2019 @ 2:29pm

Demi Anak, Kris Dayanti Sanggup Naik Bas?

Meskipun berdepan dengan jadual seni yang padat, diva Indonesia Kris Dayanti pasti tidak pernah lupa untuk meraikan ulang tahun anak-anaknya.

Baru-baru ini, pelantun Mencintaimu ini telah mengajak seluruh ahli keluarga menaiki bas malah membawa pekerjanya menuju ke Jawa Barat meraikan hari jadi puterinya, Amora Lemos, 8. 

“Kalau tahun lalu, saya hadiahkan sebuah patung yang mahal. Tahun ini lebih istimewa.

“Saya membawa keluarga termasuklah pekerja di rumah untuk meraikan hari jadi Amora di sebuah lokasi di Jawa Barat.

“Ini pesta kecil untuk diva kecil saya,” katanya.

Dengan bertemakan konsep mewah, Kris Dayanti turut menyanyikan beberapa buah lagu di acara itu malah berduet dengan Amora menerusi lagu Senorita. 

Dalam pada itu, Kris Dayanti juga berpesan kepada anaknya supaya terus berusaha sehabis baik untuk bergelar bintang dalam dunia nyanyian. 

“Saya selalu kata pada dia, kalau dulu saya perlu memasuki pertandingan menyanyi sebelum mendapat undangan dan hasilnya.

“Dia perlu bersyukur kerana mendapat kesempatan untuk dikenali pada hari ini. Paling penting, jangan berhenti menyerah,” katanya yang memohon orang ramai mendoakan Amora menjadi anak yang baik, taat dan pintar. 

Selamat Hari Jadi, Amora!- Silet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

TV3 Hidang Drama Menarik Sempena Akhir Tahun 2018

Saksikan drama terbaik sepanjang

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Pertaruh 2 Lagu, Ini Masa Terbaik Naim Daniel Untuk Melatih Suara

Tercalon sebagai salah seorang penyanyi yang berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37), Naim Daniel mempertaruhkan dua lagu iaitu berjudul Mainan dan Habis Sini yang turut menampilkan Joe Flizzow. Menurut Naim, selepas Perintah […]

Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

Hiburan Thu, 28 Mar 2024

Darjat Ibu Bapa Terlalu Tinggi Untuk Diperdebat, Neelofa Akui Kelemahan Dalam Memberi Pandangan – “Saya Bukan Ustazah…”

“Saya bukannya ustazah dan orang yang layak untuk bercakap tentang ini tapi saya tahu sikit-sikit pasal benda ni,” demikian kata selebriti, Neelofa yang tampil mengulas dakwaan dirinya tiada empati dalam memberikan pendapat, baru-baru ini. Sebelum […]

Hiburan Mon, 23 May 2022

Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Wafariena yang melakonkan watak Nurul Ain terima ugutan santau oleh peminat yang taksub dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku Musim ke-3.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Featured Tue, 20 Sep 2022

“Kaya Tapi Tak Menunjuk, Humble & Bersederhana…” – Netizen Intai Harga Jam Tangan Fazura Cecah RM4 Juta

Seriuslah weii, harga beg dia boleh beli kereta RR syatuuuuuu😱😱😱