Featured By: Dhia Iwana July 2, 2024 @ 2:27pm

Demi Konsert Qalam, Noraniza Idris Amal Rutin Diet Sihat & Senaman.. Mahu Kurangkan 10KG

Ratu irama Malaysia, Noraniza Idris mengamalkan rutin diet pemakanan yang sihat serta senaman sebagai persiapan menjelang konsertnya tidak lama lagi.

Kata Noraniza, berat badannya kini mencecah lebih 80 kilogram (kg) dan sudah mencapai obesiti tahap satu.

Justeru, penyanyi ini mendapatkan khidmat jurulatih peribadi yang bertindak memantau rutin pengambilan pemakanan hariannya.

“Saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa tiga bulan untuk persiapan konsert nanti.

“Untuk pengambilan pemakanan mengikut kalori, saya ada ambil jurulatih untuk bantu menjaga pemakanan saya. Jadi, ‘coach’ itu akan ingatkan untuk mengambil sarapan pagi setiap hari,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pembedahan bariatik sebagai langkah mengurangkan berat badan, penyanyi lagu Dikir Puteri itu tidak bercadang untuk menjalani proses berkenaan atas sebab tidak mendapat keizinan suaminya.

Pada masa yang sama, Noraniza turut menjalani latihan senaman yang serta sesi fisioterapi bagi menguatkan semula staminanya.

Noraniza bakal menemui peminat dalam Konsert Qalam Noraniza Idris yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 September depan di Panggung Bangsawan, Melaka.

Konsert Qalam Noraniza Idris ini akan dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan kerjasama dari Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM99 (Pakej Sawo Matang), RM149 (Pakej Ala Dondang), RM199 (Pakej Masyhur) dan RM249 (Pakej Seri Balas) di laman web www.ilassotickets.com bermula 27 Jun.

@xtra_my Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal buat ‘konsert dalam pertandingan’ pada September depan. Bukan calang-calang Kak Ani kita🔥.. #fyp #xtramy #noranizaidris #iramamalaysia #beritaditiktok #sembangentertainment #konsert ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Semoga dapat diselesaikan secara baik ya?

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sajat Pakai Eyeliner RM10 Je? Saksikan Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton

Bukan sahaja mengamalkan solekan yang ringkas dan mudah dalam aktiviti seharian, Sajat juga turut menggunakan alat solek yang murah tau! Eyeliner Sajat cuma berharga RM10 sahaja

Featured Tue, 26 Apr 2022
Contest Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gandingan yang padu😍 Galau habis!!