Featured By: Fatin Nurain June 9, 2022 @ 2:01pm

Demi Tuntutan Kerja Dan Kekal Relevan, Shahz Jaszle Turun 16kg Dalam Tempoh 23 Hari!

Pelakon Shahz Jaszle, atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 34, berjaya menurunkan berat sebanyak 16 kilogram (kg) dalam tempoh 23 hari demi memenuhi tuntutan kerja.

Menurut Shahz, berat badannya naik mendadak sehingga mencecah 86 kg ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Bila duduk di rumah tidak ada buat apa, memang makan-makan saja. Apatah lagi, saya penggemar makanan yang mana boleh ‘travel’ (berjalan) jauh semata-mata untuk makan.

“Namun, setiap kali produksi hendak ‘menjual’ nama saya kepada stesen televisyen, pasti mereka tanya saiz tubuh ketika itu. Jadi, atas nasihat rakan-rakan saya mengamalkan diet.

“Boleh dikatakan peminat pun seperti tidak kenal jika terjumpa saya di luar kerana keadaan tubuh yang berisi. Alhamdulillah, kini saya berjaya mendapatkan berat badan ideal. Saya amalkan pengambilan makanan sebanyak 500 kalori saja sehari,” katanya.

Pelakon itu juga menjelaskan dia terpaksa menurunkan berat badan supaya kekal relevan dalam bidang lakonan.

Malah, Shahz mengakui bukan mudah untuk memulakan gaya hidup sihat dan menurunkan berat badan sehingga pernah mengalami salah faham bersama isteri ketika awal berdiet.

“Isteri saya suka memasak dan masakannya sedap. Jadi, saya terpaksa berlawan dengan keinginan untuk makan kerana hanya makan 500 kalori saja sehari.

“Kita sudah biasa makan, bila kena kawal jumlah makanan itu memang membuatkan saya cepat naik angin dan ‘moody’.

“Namun, sekarang tidaklah sesukar dulu. Tidak dinafikan isteri pun turut tergugat sejak saya kembali kurus. Mungkin rasanya dia lebih gemar saya gemuk kerana kurang rasa tak selamat,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Sun, 26 May 2019
Trending Fri, 25 Feb 2022

Datuk K Dedah Perangai Asyraf Khalid Berubah 360 Darjah

Hmm, apakah perubahan yang dimaksudkan suami penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ni? Dedah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, beliau mula menyedari perubahan anaknya, Asyraf Khalid disebabkan seorang lelaki bergelar Mentor

Trending Wed, 10 Apr 2019

Kes Kehilangan Ashraf (Acap), Pihak Polis Nafi Acap Berada Di Johor

Acap dikatakan selamat ditemui di Muar, Johor.

Featured Thu, 21 Oct 2021

KKM Akan Terus Pujuk Golongan Antivaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan pendekatan memujuk bagi memastikan kumpulan yang enggan menerima vaksin, bersedia untuk berbuat sebaliknya. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah kumpulan yang enggan menerima vaksin di negara ini dikategorikan sebagai kecil.

Hiburan Tue, 1 May 2018

Adik Kahwin Dulu? Tasha Okay Saja!

“Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan meninggalkan zaman solo dan memulakan hidup berumah tangga,” katanya.

Trending Thu, 19 Dec 2019

“Did He Just Order Nasi Goreng Pattaya With Telur Mata?!”

This is one egg-ceptional food preference.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

Trending Sat, 28 Nov 2020

| Live TV