“Di Bandar Pun Pakai Baju Kurung” – Dilabel ‘Fake’ Berpakaian Sopan Ketika Beraya Di Kelantan, Ini Respons Sabronzo!

Penyanyi kumpulan Dolla, Sabronzo tidak ambil hati apabila ada warganet yang melabel dirinya sebagai ‘fake’ kerana berpakaian sopan di kampung halaman.

Sebelum ini, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 28, berkongsi momen dia menyambut Hari Raya bersama keluarga di Kelantan namun penampilannya menjadi tumpuan.

“Kalau nak pergi beraya rumah my cousin, my aunty semua memang pakai baju kurung lah. Itu standard tapi kalau nak pergi makan, pergi Pasar Siti Khadijah tu kita pakai biasa-biasa je lah.

“Saya beraya dekat bandar pun pakai baju kurung, saya tak kisah pun orang nak cakap apa atau beri pandangan begitu terhadap saya,” katanya kepada Mstar.

Ditanya apabila soal pemakaian sering menjadi tumpuan, Sabronzo mewakili Dolla menyatakan mereka sedia untuk memberi penjelasan kerana sentiasa mempunyai peminat baharu.

“Kami pun ada peminat baharu, jadi mereka yang belum kenal pasti akan bertanyakan soalan yang sama mengenai pemakaian, kontroversi seksi mahupun apa saja.

“Tak apa, kami okay untuk jelaskan kepada mereka terutamanya persoalan mengenai Dolla,” jelas Sabronzo.

Sumber: mStar

Atiqah Johari