Hiburan By: SGMS Faida August 8, 2019 @ 3:27pm

‘Dia Baik Orangnya, Tindakan Mungkin Provokasi’- Namron Komen Isu Syafie Naswip

Susulan isu putus tunang dengan aktres Aishah Azman, pelakon Syafie Naswip terus mendapat perhatian netizen.

Baru-baru ini, pelakon Mukhsin itu dilaporkan ditahan Polis atas dakwaan memukul bekas tunangnya dalam sebuah insiden yang berlaku dalam kereta.

Hal ini ternyata mengejutkan ramai pihak termasuklah selebriti yang mengenali rapat Syafie.

Pelakon dan pengarah terkenal, Namron mengaku terpanggil menasihatkan netizen agar berhenti mengecam Syafie yang masih belum terbukti salah.

“Walaupun kami tidak rapat tetapi saya percaya dia seorang yang baik akhlaknya. Bukan saya seorang sahaja yang berfikiran begitu malah ada beberapa pelakon yang pernah bekerjasama dengan Syafie juga mengatakan hal sama.

“Saya percaya sekiranya benar dia bertindak begitu, ia mungkin berpunca disebabkan provokasi. Orang yang baik, diam bila sudah marah sampai satu tahap dia mungkin akan bertindak di luar kawalan,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Warkah di E-Curve, semalam.

Tambah Namron, dia meminta netizen tidak terus menghentam Syafie dengan kata-kata negatif.

“Jaga adab di sosial media. Saya anggap Syafie bijak kerana berdiam diri buat masa ini. Ini satu tuduhan berat untuk ditanggung oleh selebriti seperti dia. Beri dia ruang bertenang dan saya berharap netizen tidak terus memburukkan keadaan,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Namron membintangi filem Warkah yang bakal ditayang bermula 15 Ogos ini lakonan bersama Syazwan Zulkifly, Isyariana, Wafiy dan Rayyana Rayqa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Stadium Malawati RIUH Dengan Kemunculan Charlie Puth

Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu sempat menunjukkan kehebatannya bermain piano menerusi beberapa lagu termasuk Suffer.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Featured Mon, 28 Jun 2021

Bank Mampu Laksanakan Moratorium Penuh Kepada B40 Dan M40

Umum maklum mengenai pengumuman PKP yang dilanjutkan sehingga Julai ini. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai pelaksanaan bantuan seperti moratorium dan i-Sinar. Menurut Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN, Datuk Sohaimi Shahadan , pemberian moratorium kepada golongan

Trending Tue, 10 May 2022

| Live TV