Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2022 @ 3:40pm

“Dia Bukan ‘Kaki’ Media Sosial…” – Kartun Thomas & Friends Pengikat Hubungan, Wany Hasrita Syukur Suami Faham Kerjaya

Selepas selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, Wany Hasrita sempat berkongsi bahawa suaminya itu seorang yang sangat memahami.

Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, jejaka pilihannya itu bukanlah seorang yang ‘kaki’ media sosial apatah lagi mahu mengambil tahu mengenai dunia hiburan.

Namun, Wany tetap bersyukur kerana Adib meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap dirinya.

“Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan. Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Dia memahami kerjaya saya dan tak kacau.

“Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga. Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” katanya.

Sementara itu, Wany juga mengakui, jarak bukanlah satu masalah buat mereka memandangkan Adib akan berada di Kuching, Sarawak.

“Kami okay saja ‘long distance relationship’ (LDR). Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun. Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di IG memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” jelasnya.

Berkongsi mengenai momen perkenalan, siapa sangka siri kartun Thomas And Friends menjadi pengikat perhubungan antara Wani dan juga Adib.

“Pada 2019, baru kami menjadi rapat. Jadi kami mengikuti id Instagram masing-masing dan banyak berhubung di situ. 

“Tapi ada satu hari tu, dia melawak mengenai kartun Thomas and Friends, pastu saya pun boleh layan dan sejak tu kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz pada majlis yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana kira-kira jam 9.11 malam pada Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

 

ARTIKEL BERKAITAN:2 Kali Lafaz, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Jejaka Sarawak

ARTIKEL BERKAITAN:Wany Persis Puteri Islam, Sissy Disamakan Dengan Cadar Katil, Haqiem Paling Muda: Jom Baca Corat Coret Menarik ABPBH 33!

 

Sumber/kredit foto: Gempak,WSVS.co

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023

Anak Kedua Sudah Hampir 2 Tahun, Ummi Nazeera Beri Bayangan Hamil Anak Ketiga?

Jeng jeng jeng! Wah yang ketiga on the way ke tu?

TECH Sat, 6 Oct 2018

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Adakah anda memerlukan ‘extra storage’ untuk telefon bimbit anda? Kami ada cara untuk menukarkan kad micro sd anda daripada ‘external storage’ kepada ‘internal storage’.

Trending Tue, 3 Jul 2018

‘ Ya, saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat,’ – Najib Razak

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik.

Featured Wed, 31 May 2023

Terbit Buku Terus Melangkah, Puteri Sarah Tak Jaja Kisah Peribadi

Suka tengok Sarah happy je… Moga terus terbang tinggi Sarah💖💖💖

Events Sat, 5 Oct 2019

大马首档网红练习营真人秀《PRODUCE KOL 练习生》正式启动!

大马首档耗资过百万令吉的网红练习营真人秀《Produce KOL 练习生》正式启动!

Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Sun, 31 Mar 2019
Hiburan Wed, 27 Feb 2019