Hiburan By: Maya Basir August 9, 2022 @ 1:50pm

“Dia Bukan Perosak Lagu” – Floor 88 Bakal Duet Dengan Raffa Affar

Kumpulan Floor 88 tidak menganggap penyanyi Indonesia, Raffa Affar sebagai ‘perosak lagu’ sebaliknya disifatkan memiliki gaya dan nada suara nyanyian tersendiri.

Floor 88 melancarkan album digital berjudul Infinity yang memuatkan 10 lagu popular mereka dan bakal berduet dengan Raffa tidak lama lagi.

Kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Ayie sebagai penyanyi, Achoi (gitar), Falique (bass), Eric Fuzi (keyboard), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua) turut memberitahu alunan vokal Raffa yang popular dengan lagu Cinta Sampai Mati sedap didengar.

Menurut Ayie, dia percaya dengan bakat nyanyian Raffa dan bakal bekerjasama dengannya tidak lama lagi.

“Kami memilih berduet dengan Raffa untuk single baharu nanti kerana yakin dengan bakat dan kemampuan nyanyiannya. Bagi kami, kerjasama ini juga satu keputusan tepat untuk Floor 88 cuba menembusi pasaran muzik di Indonesia.

“Sebelum ini, kami dikenali pendengar muzik Indonesia di beberapa tempat seperti Medan, Bandung, Kalimantan, Pontianak dengan lagu Hutang yang tidak disangka-sangka. Jadi, ia satu peluang baik buat kami mencuba nasib ke sana lagi.

“Floor 88 juga mendapat undangan membuat persembahan di Indonesia, tapi takkan kami nak pergi ke sana dengan berbekalkan satu lagu iaitu Hutang saja. Oleh itu, kami fikir adalah wajar untuk jalinan kerjasama ini,” katanya.

Terdahulu, Raffa menerima pelbagai komen dan kecaman netizen selepas membuat ‘cover version’ lagu popular Malaysia seperti Buih Jadi Permadani dan Mencari Alasan nyanyian asal kumpulan Exists dan Tiara (Kris).

Membahas tentang album digital Infinity, album tersebut boleh didapati di Spotify yang cukup istimewa dibuat untuk peminat yang setia menyokong selama lima tahun aktif di persada hiburan tanah air.

“Album ini adalah kompilasi terbaik memuatkan 10 lagu popular Floor 88, antaranya Zalikha, Aqilah, Roadblock Hatiku, Yang Benar, Hutang, Original Sabahan, Chikadun, 24434 dan satu single baharu, Sahabat,” katanya.

Pada mulanya, Floor 88 berhasrat tampil dengan album studio pertama mereka, namun disebabkan pandemik Covid-19, akhirnya diubah kepada album digital.

Foto kredit: Hazreen Mohamad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 24 Jan 2018

PREP YOUR TASTEBUDS FOR MALAYSIA’S SPICIEST BURGER!

For the brave-hearted souls out there!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

One FM DJ「JIO你」一起当唱K Kaki!

One FM 唱K大聚会!想要和One FM DJ一起扮靓、一起唱K吗?那就千万不要错过这个机会。

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Abby Abadi Hamil?

Kalau betul seperti apa yang dikata, Alhamdulillah…

Events Sat, 4 May 2019
Trending Wed, 30 Jun 2021
Featured Wed, 13 Apr 2022
Events Wed, 10 Aug 2022
Trending Tue, 19 Dec 2017

Lelaki Berpakaian Perempuan DiLaknat – Da’i Wan

Bimbang dengan aksi remaja lelaki yang berlagak seperti wanita dalam video yang tular di laman sosial.

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

FINALLY! YUNA SAH BERGELAR ISTERI ADAM YOUSOF SINCLAIR

Tahniah Yuna dan Adam Yousof Sinclair kerana telah sah bergelar suami isteri

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Tahniah! Anzalna Nasir Selamat Lahir Bayi Lelaki

Alhamdulillah…tahniah Anzalna & Hanif!

| Live TV