“Dia Cinta Pertama & Terima Kekurangan Saya Seadanya,” – Hafidz Roshdi Syukur Jadi Suami Athira Yuhada

Pelakon, Hafidz Roshdi menyifatkan isteri tercintanya, Athira Yuhada sebagai seorang wanita yang amat memahami dan menerima kekurangan dirinya, selain merupakan juga cinta pertamanya,

Hafidz turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sekali lagi untuk menjadi suami kepada wanita yang sudah berkawan sejak usia 15 tahun.

“Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini. Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya,” katanya.

Sementara itu, Hafidz tidak mahu mengendahkan kritikan atau kecaman netizen mengenai pernikahannya bersama Athira yang dilaporkan menjadi punca keretakan rumah tangga bersama bekas isteri, Nurul Shuhada.

“Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap,” ujarnya lagi.

Hafidz dan Athira selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, kira=kira jam 8:15 malam tadi dengan sekali lafaz.

Dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada, Hafidz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak perempuan.

Desas desus Hafidz bakal berkahwin dengan Athira akhirnya terjawab apabila dia berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

Artikel Berkaitan: Dituduh Dera & Abaikan Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Buat Laporan JKM – “Jangan Pentingkan Diri…”

Artikel Berkaitan: Individu Luah Perasaan Diganggu Penyondol Bernama ‘Athira’, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Terhibur – “Ada Je Yang Relate, Tak Apa Saya Bantu…”

Artikel Berkaitan: “Nafkah Ni Privasi Di Antara Saya Dengan Bekas Isteri” – Hafidz Roshdi

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi