“Dia Kunci Bilik Persalinan Sebab Nak Cabul Saya” – Firdaus Ghufran Kini Lebih Berhati-Hati

Pelakon Firdaus Ghufran mendedahkan kenangan pahit yang melanda dirinya apabila hampir dicabul oleh seorang lelaki yang merupakan penjaga wardrobe di salah sebuah produksi tempatan.

Menurutnya, dia tidak pernah mendedahkan mengenai perkara ini kepada umum, namun apa yang berlaku membuatkan dia kini lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

“Pernah satu masa saya didatangi seorang penjaga wardrobe yang tidak dikenali yang bertindak mengunci bilik persalinan untuk memcabul saya.

“Tindakannya itu telah dilaporkan dan mengakibatkan dia dibuang kerja,” katanya.

Memetik laporan Utusan, pelakon Budak Tebing ini juga tidak menolak dakwaan bahawa terdapat segelintir pengarah dan penerbit yang turut mengambil kesempatan terhadap pelakon lelaki dengan menjanjikan mereka tawaran lakonan.

“Memang perkara ini banyak berlaku. Berterus terang itu lebih baik, jadi sekiranya berdepan situasi ini, saya akan tolak cara baik.

“Saya tak mahu benda-benda begini berlaku kepada saya. Saya berharap pengarah atau penerbit betulkan niat, ambil pelakon kerana bakat, bukan untuk kepentingan peribadi,” jelasnya.

Sekadar info, Firdaus Ghufran mula aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 6 tahun lagi dan popular menerusi drama Chef Ramadhan, Ketupat Palas Mr. Handsome dan banyak lagi.

Namun, namanya mula dikenali ramai selepas dia membawakan watak sebagai Talam dalam drama rantaian popular TV3, Budak Tebing.

 

 

Sumber: Utusan

Salma Syahbuddin