Hiburan By: Del14 November 6, 2019 @ 9:58pm

“Dia Masih Suami Saya, Tapi…” – Adira Tetap Dengan Pendirian

Sudah lama tidak bersaing di dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu, penyanyi Adira mengaku berasa gementar dan tidak yakin sampai ke peringkat akhir kerana saingannya hebat-hebat belaka. 

“Banyak lagu hebat-hebat yang dipertandingkan dan persaingan kali ini adalah sangat-sangat sengit.  Secara jujur, saya tak tahu sama ada saya mampu ke final Anugerah Juara Lagu nanti tetapi kalau ada rezeki, dapatlah ke pertandingan akhir. Lagipun lagu-lagu yang saya dengar tadi semuanya lagu-lagu yang sering saya dengar dimainkan di corong radio,” kata pemilik nama Siti Adira binti Suhaimi ini. 

Namun demikian penyanyi ini seakan-akan tahu yang dia akan dihujani beribu soalan berkenaan kemelut rumahtangganya dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dan masih mampu senyum dan tertawa tatkala menjawab soalan bertubi-tubi dari wartawan.

“Saya selalunya akan ‘follow the flow‘ dan takkan biarkan benda-benda peribadi masuk campur dengan karier seni saya. Tentang kes saya, saya hanya boleh ceritakan selepas selesainya kes yang akan dibicarakan bulan Disember nanti.

“Saya sebenarnya tak halang dia jumpa anak-anak dan dia masih lagi suami saya tapi tak semestinya saya nak bercerai, saya tak hormati dia. Walau apapun saya tetap dengan pendirian saya,” jelas Adira.

Namun demikian, penyanyi Ombak Rindu itu tidak mahu mendedahkan mengapa dia mengambil keputusan untuk memfailkan pemohonan penceraian kerana ianya terlalu peribadi, lantas Adira lebih suka mendiamkan diri dan memendam perasaan. 

“Selagi boleh simpan, saya simpan. Saya takkan campurkan kerja dengan hal peribadi.  Siapa yang tak sayang suami, lagi pula anak pun dah tiga.  Sudah tentu saya akan tuntut hak penjagaan anak-anak kerana mereka masih kecil dan ada yang menyusu.

“Saya takde niat nak pisahkan anak dengan ayahnya.  Hubungan mereka tetap sama cuma kalau dah bercerai, saya dah umpama orang luar.  Apapun yang terjadi saya redha dan terima dengan tenang. Sebolehnya saya tak mahu penceraian yang menyakitkan dan rumit. Biarlah semua berjalan dengan lancar,” kata Adira kepada wartawan Xtra. 

Apa pun tabik pada Adira kerana sangat ‘cool‘ dan tak melarikan diri daripada wartawan walaupun tahu kemelut penceraiannya akan menjadi ‘hot topic‘ pada hari ini. Sedikitpun tidak menghindari wartawan daripada ditemubual, anak kelahiran Ranau Sabah ini menjawab setiap soalan dengan tenang. 

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

“Inilah Jodoh Dunia dan Akhirat Saya “

gambar di Instagram, Fattah Amin menyuarakan rasa syukurnya kerana memperisterikan Fazura.

Events Tue, 25 Sep 2018

[#WinWithxtra] List of Winners for Nights of Fright 6 Contest

Remember to read the terms and condition!

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023