Featured By: Aqilah Paharuzi April 3, 2023 @ 4:14pm

Diana Danielle Bongkar Farid Kamil Minta Buang Nama Bin & Binti Pada Anak-Anak

Perkongsian pelakon jelita, Diana Danielle pada pagi ini mencuri perhatian ramai selepas membuat pendedahan mengenai sikap baran suaminya, Farid Kamil yang menengking anak perempuannya, Aurora gara-gara insiden cili. 

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Tak Bayar Nafkah, Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora “Tengking & Jerit Selama Dua Hari, Siap Ugut Akan..”

Dalam hantaran Instagram Story (IGs) yang sama, Diana turut mendedahkan bahawa suaminya meminta untuk memfailkan permohonan membuang nama bin dan binti pada kedua-dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya tahu dia tertekan bila saya minta cerai dua hari sebelum tu. But leave the kids alone! Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin/binti anak? Kenapa suruh saya filekan permohonan buang nama you dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?,” dedahnya. 

Menerusi hantararan IGs yang lain, Diana berkata dia langsung tiada sebarang niat untuk menggunakan media sosial sebagai platform meluahkan perkara sebenar. 

“Awak panggil Melodi datang rumah saya, buat cerita sedih. Tell half truths. Awak nak imply semuanya tak berasas. 

“I never wanted to say anything. I never wanted to publicly tell my truth but since you insist on calling the media and attention to garner sympathy, then you leave me no choice. We will continue the rest of it in court,” tulisnya. 

Sebelum ini, Farid membuat pendedahan secara eksklusif bersama Melodi TV3 dalam memberi penjelasan mengenai kelemut rumah tangganya dan tampil memohon maaf secara umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak, Perjelas Cerita Aurora Trauma – “Diana Danielle Kena Jelaskan Betul-Betul Kepada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bidas Farid Kamil, Insiden Anak Petik Cili Bukan Punca Diana Danielle Minta Cerai – “Kenapa Polis Ketuk Pintu, Dia Tak Buka?”

Satu perjumpaan antara Farid dan Diana bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam, pada pagi 28 Mac lalu.

Farid tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengn membawa jambangan bunga mawar untuk isterinya dan sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

《环球透视》座谈会!1102深入研究网红的炼精术

八度空间国际时事清谈类节目《环球透视》将在11月2日(星期六),中午1时,在吉隆坡中华中学中华楼三楼大讲堂举行《网红炼精术》座谈会。

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

[VIDEO] Akui Salah, MK K-Clique & Isteri Minta Maaf Tak Pakai ‘Seatbelt’… Netizen Puji Bagus Tak Cepat Melenting

Ok settle, tenang tenang guys! Moga jadi peringatan buat semua.. keselamatan no syatu ok! 🫡

Featured Wed, 15 Apr 2020
Trending Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Mon, 27 Mar 2023
Featured Wed, 25 May 2022
Trending Thu, 18 Aug 2022

Nabila Huda Dedah Terdapat Parut Pada Paru-Paru Akibat Covid-19

Beberapa minggu lalu, Nabila Huda telah membuat pendedahan bahawa dirinya mengalami pelupa dengan setiap perkara yang dilakukannya. Nabila atau lebih gemar disapa Abil, juga risau akan kerjaya seninya sekiranya masalah tersebut akan menjejaskan aktiviti lakonannya […]

Featured Wed, 31 May 2023