Hiburan By: Padin September 2, 2021 @ 2:23pm

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe & Asyraf Nasir Bersatu Dalam We Live To Give

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe dan Asyraf Nasir muncul dalam sebuah lagu berjudul We Live To Give (Kita Hidup Untuk Memberi).

Dilancarkan oleh Universal Music Malaysia, lagu ini muncul sebagai karya yang memberi harapan dalam mengharungi kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Kerjasama di antara The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

Penceritaan lagu ini membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

“We Live To Give” menampilkan artis tempatan seperti Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan superstar global, Simon Webbe dan penyanyi yang meningkat naik Asyraf Nasir.

“Memberi melangkau nilai wang diberi, ia juga diberi melalui mesej positif yang mengingatkan kita bagaimana membantu orang lain menaikkan semangat mereka dan meringankan beban mereka,” kata Simon Webbe.

Athalia, Shalma Eliana dan Asyraf Nasir percaya bahawa lagu ini sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderungan usaha mereka kepada golongan muda dan menyebarkan mesej penting ‘We Live To Give’.

“Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif,” kata Diana Danielle.

Dengan The Giving Bank menjadi salah satu saluran terpercaya Universal Music Malaysia, objektif projek ini adalah untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Fokus Pertandingan, Elak Fikiran Serabut… Aliff Aziz Kekal Prinsip Abai Kecaman Netizen

Susah nak puaskan hati semua orang kan? Jadi abaikan je la kecaman mereka tu…

Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ajak Shiro Mahu Menjadi Pengacara

Ajak Shiro akui sudah selesa menjadi seorang pengacara selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio.

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Izara Aishah Hamil Enam Bulan

Alhamdulillah…Tahniah Izara & Adib!