Diana Danielle Syukur Doa Anak-Anak Agar Tetap Satu Keluarga Termakbul – “Saya Terharu…Rasa Sikit Lega”

Semalam pasangan selebriti sensasi Farid Kamil dan Diana Danielle tampil mengejutkan ramai apabila mengesahkan akan rujuk semula selepas bercerai.

Tambah pasangan itu lagi, mereka memaklumkan akan ke Mahkamah Syariah secepat mungkin untuk menyelesaikan urusan rujuk semula tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula – “Kami Akan Ke Mahkamah Secepat Mungkin”

Terkini, menurut laporan Media Hiburan, Diana atau Danielle Danny Beeson, terharu dengan doa-dooa daripada orang sekelilingnya malah turut merasa syukur doa anak-anaknya termakbul

“Saya tidak boleh kongsikan terlalu banyak mengenai apa yang berlaku sebab sejak proses di mahkamah lagi, saya cuba untuk tidak ulas panjang. Ia sesuatu yang peribadi dan libatkan hal-hal keluarga.

“Apa yang boleh saya cakap, saya terharu dengan doa yang baik-baik daripada orang sekeliling. Saya ada rasa sikit kelegaan terutamanya bagi pihak anak-anak.

“Anak-anak mengharap dan dalam doa mereka mendoakan agar kami tetap satu keluarga. Jadi saya rasa doa anak-anak pun turut termakbul. Alhamdulillah,” kongsinya.

Tambah Diana lagi, setiap perhubungan yang ditimpa masalah perlu ada jalan penyelesaian yang terbaik. Malah mengakui setiap perlu lalui fasa yang sukar untuk terus memperbaiki diri.

“Bagi saya, kalau ada sesuatu perkara yang boleh diperbaiki, terutamanya dalam hal melihatkan keluarga kita cubalah yang terbaik untuk cari penyelesaian.

“Bukan nak kata dulu tak ada kata sepakat cuma kadang kadang kita perlu lalui situasi yang berat barulah kita boleh perbaiki apa yang sepatutnya diri kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur ini menyerahkan soal rujuk tersebut kepada Farid malah terbuka untuk berkongsi kepada semua sekiranya bersesuaian.

“Saya rasa tidak perlulah untuk saya jelaskan secara terperinci. Saya izinkan Farid untuk bercakap hal ini dengan lebih lanjut jika ada pihak yang bertanya mengenainya.

“Saya pun sebelum ini memang banyak ‘reserved’ dalam hal berkaitan peribadi. Mana yang saya senang untuk kongsi, saya akan berbuat demikian dan begitu jugalah sebaliknya,” katanya lagi.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah Ogos Lalu, Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Rujuk Semula? – “Kami Akan Buat Keputusan Soon”

ARTIEKL BERKAITAN: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

Sumber: Media Hiburan

Khairil Khusyairi