Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Penyanyi popular Ernie Zakri tampil memberi respons apabila dikatakan sedang hamil cahaya mata kedua seperti yang didakwa warganet, baru-baru ini.

Spekulasi tersebut mula timbul apabila Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri memuat naik foto di laman Instagram (IG) miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, foto tersebut memaparkan Ernie sedang bergambar dengan mengenakan busana serba putih.

Namun, ternyata foto tersebut menarik perhatian warganet apabila ada yang meninggalkan komen dengan mempersoalkan adakah penyanyi bersuara lunak itu sedang berbadan dua.

“Ernie adakah awak mengandung?,” soal seorang warganet.

Tanpa berdiam diri, pelantun lagu Astana itu tampil memberi respons terhadap persoalan tersebut.

“Amin,” jawab Ernie ringkas.

Tidak sekadar di situ, Ernie turut membuat ciapan di Twitter dengan menafikan dakwaan dia kini sedang hamil anak kedua.

“Saya tak mengandung, ia cuma makanan!,” ciap Ernie.

Untuk info, Ernie kini sibuk membuat persiapan bagi menjayakan Konsert Satu Suara Vol. 3 bersama penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jay Jay pada 13 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza.

Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha, berusia setahun.

Khairil Khusyairi