Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Nama atle terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sekali lagi menjadi bualan selepas timbul gosip mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujang bersama pelakon dan pelawak, Jiggy Masin atau nama penuhnya, Mohammad Aizat Ahmad Nazri.

Perkara itu dimaklumkan menerusi ruangan gosip akhbar popular tempatan baru-baru ini.

Bagaimanapun, kesahihan mengenai perkara tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan kedua-duanya masih mengunci mulut berhubung perkara berkenaan.

Namun, berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi hantaran terkini di Instagram Dhabitah, terdapat segelintir pengikutnya yang berseloroh bertanyakan tentang status hubungannya bersama Jiggy.

Sebelum ini, Dhabitah pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak Perak FC iaitu Azhar Apandi selepas foto mereka bersama tular ketika menyambut ulang tahun kelahiran penerjun negara itu.

Malah, Jiggy dari kumpulan Masin juga pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Elly Ariffin bagaimanapun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik pada tahun 2020.

 

Sumber: Instagram, Utusan

Salma Syahbuddin

Recent Posts