Didakwa Kahwini Lelaki Muda Punca Jasmin Hamid Kena Heart Attack, Suami Tampil Bersuara – “Stop Komen L*cah! Tak Suka Kami, Abaikan!”

Baru-baru ini, industri hiburan digemparkan dengan berita mengenai pelakon hebat Jasmin Hamid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat terkena serangan jantung.

Berita tersebut dimaklumkan oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim menerusi satu hantaran di Instagram pelakon berkenaan.

Namun begitu, ruangan komen hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang berbaur positif dan negatif, sehingga suami Jasmin terpanggil untuk membidas komen itu.

Komen di hantaran berita sedih itu dibanjiri dengan pendapat netizen yang berbunyi sangat lucah, di mana mereka mendakwa punca Jasmin kena serangan jantung adalah akibat daripada hubungan seksual pasangan ini.

Mereka tergamak mengaitkan umur dan fizikal suami Jasmin yang lebih muda daripadanya sebagai punca kesihatan Jasmin merosot.

Tidak berdiam diri, Nazmir yang juga merupakan pengurus peribadi pelakon itu tampil bersuara bagi menjelaskan dakwaan dan membersihkan nama mereka berdua.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi milik Jasmin, Nazmir memohon agar netizen berhenti meninggalkan komen lucah dan memohon agar menghormati keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa.

“Saya NIKAHI Jasmin kerana ALLAH.. Terima kasih pada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri saya yang MASIH LAGI di Wad CCU kerana heart attack.

“Saya mohon Hentikanlah komen-komen sebegini sebab takut bila Jasmin terbaca, akan tambahkan sakitnya. Kalau tak suka kami, ABAIKAN kami,” ujarnya.

 

 

 

Dalam pada itu, Nazmir turut bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berhenti mendoakan kesembuhan isterinya.

“Pada yang tak putus panjatkan doa pada Allah untuk Jasmin, saya sekeluarga ucapkan berbanyak terima kasih dan kami kembalikan doa yang baik-baik tersebut buat kalian.

“Pada yang berkata menggunakan EMOSi, saya serahkan pada Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jasmin dikatakan mengalami masalah jantung atas faktor kolestrol dalam badan selain turut mempunyai sejarah kesihatan keluarga.

Artikel Berkaitan: Jasmin Hamid Dimasukkan Ke CCU Akibat Serangan Jantung

Artikel Berkaitan: “Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Aqilah Paharuzi