Featured By: Halimey Zamal December 28, 2022 @ 2:58pm

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

@abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 lagi.. Cuma tiada kekuatan utk berada dekat dgn Perjuangan DSAI & keluarga PKR: Apapun Sentiasa bersama.. Tak pernah berpaling ya.. Walau nampak mcm tak pernah dekat (sbb segan hihi..) tapi sentiasa dihati InshaALLAH. Semoga DS @anwaribrahimofficial diberi kesihatan yg baik, terus kuat utk bantu Malaysia & seluruh Rakyatnya. Terima Kasih DSAI , isteri & anak2 sangattt kuat utk kami. Semoga ALLAH balas dgn syurga tertinggiNYA.. 🥰💪🏻🙏🏻 ps: suami sy @JaiAbby Official ♬ bunyi asal – Abby Abadi Official

Terbaharu, Abby telah memuat naik satu video di laman TikTok menjelaskan dia sudah mengikuti perjuangan Anwar Ibrahim di dalam kancah politik seawal tahun 1998 lagi.

“Pentaksub DSAI? Ohhh tidak! Saya melihat kebenaran ini seawal 1998 lagi.

“Saya cuma tiada kekuatan untuk berada dekat dengan perjuangan DSAI dan keluarga PKR. Apa-apapun sentiasa bersama tak pernah berpaling ya, walau nampak macam tak pernah dekat sebab segan tapi sentiasa di hati, Insya-Allah,” tulis Abby

Selain itu, Abby juga mendoakan kesihatan DSAI dan keluarga supaya berada dalam keadaan yang baik agar terus membawa pembaharuan kepada negara.

“Semoga DSAI diberi kesihatan yang baik, terus kuat untuk bantu Malaysia dan rakyatnya.

“Terima kasih DSAI, isteri, dan anak-anak yang sangat kuat untuk kami. Semoga Allah balas dengan syurga tertinggi-Nya,” tulis Abby lagi.

Menelusuri ruangan komen, wargamaya memberitahu mereka bukanlah pentaksub DSAI tetapi hanya berbangga dengan kemampuan dan pencapaian yang dimiliki oleh Perdana Menteri itu.

“Geng PH hadir, semoga Kak Abby sihat selalu.

“Prinsip Abby sama dengan saya, bukan taksub cuma bangga dengan perjuangan dan peribadi yang membanggakan sejak 1998 lagi.

“Terbaik Abby, pernah sama WhatsApp group politik dengan Abby. Saya dah tahu dia memang penyokong tegar DSAI sejak sekian lama,” komen netizen.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Mar 2020

Covid-19 : Akhirnya! Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali Dan Iran Dibawa Pulang Ahad Ini

Diharap semoga perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air berjalan dengan lancar

Featured Mon, 16 Jul 2018

Bau Seperti Klorin & Roti Basi. Ini 5 Bau Vagina Yang Perlu Anda Tahu

Vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat.

Events Thu, 14 Mar 2019

Karya Menarik DFKL2018 Sepanjang Mac Ini!

klip -klip menarik yang belum pernah dikongsi dimana-mana platform juga ada di Youtube Drama Sangat tau!

Featured Thu, 23 Sep 2021
Events Thu, 15 Nov 2018

Betul Ke Watak Penunggang Agama Beri Impak Negatif Kepada Masyarakat?

Dont judge a book by it’s cover ye netizen-netizen di luar sana. Periksa sebelum sebarkan sesuatu berita okay!

Trending Sat, 31 Oct 2020
Trending Tue, 20 Nov 2018

Busana Pengantin Doreamon Bikin Lelaki Ini Tular!

Mohd Firdaus Mohd Ali, merupakan peminat tegar Doraemon sejak kecil kerana jalan ceritanya yang menarik.

Trending Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Lakonan Sofi Jikan, Aprena, Abam Bocey, Wan Hanafi Su & Fauziah Nawi Dalam ‘Jodoh Syaitan’

Asey menegaskan biarpun pasaran filem tempatan buat masa ini dilihat tidak menentu namun ia bukan halangan untuknya menerbitkan filem Jodoh Syaitan.

| Live TV