Featured By: Fatin Nurain September 18, 2022 @ 10:58am

Didakwa Poyo Hentikan Nyanyian Semasa Diserbu Peminat, Andi Bernadee Utamakan Keselamatan Penonton

Penyanyi Andi Bernadee digelar poyo oleh seorang individu selepas terpaksa memberhentikan nyanyiannya ketika diserbu peminat di sebuah konsert di Bintulu, Sarawak, Jumaat lalu.

Menerusi sebuah  perkongsian di Instagram, Andi bimbang akan keselamatan peminatnya selepas menyedari seorang kanak-kanak hampir terkena percikkan bunga api yang berada di bahagian pentas dan meminta mereka untuk beredar secara baik.

“Harap adik tu tak apa apa,” tulisnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee)

Memetik laporan Utusan Malaysia, Andi menyatakan situasi yang berlaku tersebut berlaku di luar kawalannya dan terpaksa menghentikan seketika persembahan tersebut kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Malah, Andi turut meluahkan perasaan terkilan apabila ada dalam kalangan netizen melontarkan komen kurang manis terhadap peminat yang menyerbunya ketika menjayakan konsert tersebut.

“Mereka sebenarnya sangat teruja, sama seperti saya yang teruja untuk membuat persembahan. Energi kami semua sama pada malam itu, tambahan pula kami sudah lama tidak bertemu.

“Kali terakhir saya buat persembahan di Bintulu sekitar 2019, sebelum pandemik. Dulu pun peminat turut serbu, tetapi semalam paling ramai sampai ke pentas.

“Semasa saya buat persembahan, keadaan jadi di luar kawalan. Kami tidak jangka peminat akan naik ke pentas kerana mahu merakamkan gambar.

“Bila ada yang lain nampak, ramai ambil peluang naik pentas untuk merakamkan momen. Saya terpaksa minta hentikan sebentar persembahan sebab bimbang keselamatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pelontar lagu Donde itu berharap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak yng hampir terkena percikkan bunga api itu.

“Saya perasan ada seorang peminat kecil berada di pentas itu dan berharap dia tidak terkena percikan bunga api ketika ramai menyerbu.

“Setakat ini, saya tidak dimaklumkan tentang sebarang kejadian tidak diingini dan berharap peminat kecil itu tiada apa-apa,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut memuji sikap penyanyi itu yang menegur peminatnya secara berhemah dan lemah lembut.

Sumber: Utusan Malaysia dan Instagram Andi Bernadee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 24 Feb 2020
Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Trending Thu, 22 Apr 2021

Lebih Banyak Beli, Lebih Jimat Belanja… Sempena Syawal, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta!

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan itu menandakan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Biarpun kita masih terkesan dengan wabak Covid-19, […]

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh. Adakah Nilai Kemanusiaan Sudah Hilang?

Mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

「漫威之父」史丹李逝世!享寿95岁

「漫威之父」史丹李(Stan Lee)12日逝世,享寿95岁。

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Tahniah! Bekas Protege Joe Flizzow Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Penyanyi berusia 29 tahun ini mengumumkan nama penuh anaknya iaitu iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Trending Fri, 5 Jun 2020
error: Content is protected !!