Didakwa Sudah Berkahwin, Suami Heliza Helmi Dedah Status Diri – “Sebelum Kahwin Saya…”

Walaupun baru seminggu bergelar suami isteri, pasangan Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih mendapat perhatian dalam kalangan netizen sehingga ada yang mempersoalkan status suami kepada penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan itu.

Terbaharu, menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 dengan topik ‘Bina Bahagia Dalam Rumah tangga’, Mahadi tampil  menjelaskan mengenai status diri sebelum bergelar suami kepada wanita idamannya itu.

” Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang.”

“Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Sebelum ini, Mahadi terkejut membaca komen-komen yang ditinggalkan segelintir netizen yang mendakwa dirinya telahpun berkahwin dan memegang status duda.

Selain itu, Mahadi, 38, sempat memohon agar orang ramai diluar sana mendoakan hubungan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.

 

Salma Syahbuddin