Featured By: Atiqah Johari December 28, 2022 @ 7:10pm

Didakwa ‘Tak Laku’ Di Malaysia, Baby Shima Bidas Kutukan Netizen – “Korang Sanggup Ke Tengok Hari-Hari?”

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sering menjadi perhatian dan menerima pelbagai kecaman daripada warganet.

Terbaru, Shima dikatakan sudah tidak laku sebagai artis di Malaysia kerana sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen berbanding di Indonesia.

Susulan itu, tidak berdiam diri, Shima dilihat tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menerusi Instagram Storiesnya (IGS), Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, dia berkongsi bahawa dia banyak menerima tawaran berlakon dan juga pengacaraan daripada stesen televisyen ternama Malaysia.

Sempat berseloroh, Shima menyatakan bahawa jika dia menerima ke semua tawaran tersebut rakyat Malaysia akan bosan kerana setiap stesen hanya terpampang wajahnya.

“Alhamdulillah dapat macam-macam tawaran dari televisyen ternama di Malaysia semua.

“Kalau Shima ambil semua itu takut korang je bosan tengok muka Shima hari-hari di semua televisyen Malaysia… ke korang sanggup?” tulisnya.

Namun begitu, Shima menjelaskan bahawa dia terpaksa menolak semua tawaran tersebut atas sebab komitmen yang padat untuk membuat persembahan di Malaysia dan juga Indonesia.

“Kalau nak tahu, disebabkan Shima tak dapat nak bagi komitmen sebab jadual show Shima padat di Malaysia dan Indonesia, Shima tolak semua tu!” kata Shima.

Di hantaran lain, Shima mendedahkan bahawa dia lebih memilih untuk membuat ‘show’ berbanding tawaran lain kerana pulangan yang lumayan.

“Yes! Shima lebih memilih show! Show masyuk,” ujarnya lagi.

Umum mengetahui, Baby Shima kerap kali mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 May 2023

Mahu Cuba Pelbagai Watak, Bella Astillah Sedia Bawa Watak Penyondol

wah tak sabar ni nak tengok kalau Bella dapat watak penyondol

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gandingan yang padu😍 Galau habis!!

Featured Wed, 21 Nov 2018
Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Bekas Pengacara Popular TV3 Ini Jalani Pembedahan?

Nak tahu siapa agaknya bekas pengacara TV3 ini yang terpaksa jalani pembedahan? Kenalah baca artikel ini ya!

Trending Fri, 13 Dec 2019

Skuter ”First Medical Respond” Dari KKM

Atasi Jalan Jammed & Ambulans Lewat

Events Tue, 26 Mar 2019

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek DFKL Peringkat Sekolah Menengah, Tahniah!

Tahniah kepada semua pemenang, korang memang hebat!

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kami Berbeza Dari Segi Style..” – Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

Ini bagus, bersaing secara sihat! Support semua group 🤩 Congratulations Stellar untuk single pertama. Goodluck 🤩 Korang jangan lupa dengar kat YouTube ok! Best tau lagu niii 🤩🤩🤩

Featured Mon, 11 Apr 2022