Didakwa Telah Berpisah Lepas Padam Video Lamaran, Mas Khan Jawab Spekulasi – “Siapa Kata? Jangan Mudah…”

Baru-baru ini, pelakon Mas Khan memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang sedang berada di sebuah pulau bersama kekasihnya.

Menerusi perkongsian video tersebut, dilihat Mas Khan bercuti di sebuah pulau bagi menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Diana Nasimuddin.

Namun, timbul spekulasi mengenai dirinya yang didakwa telah berpisah dengan kekasihnya itu apabila dipersoal oleh wargamaya di ruangan komen.

@maskhan94 I know I’m a bit rough around the edges and i know I’ve trampled my way through your life, but I do love you with all of my heart. Never doubt that. You’re my girl, and I want you and I need you with me forever. @Diana Nasimuddin ♬ Nothing Like Us – Justin Bieber

Tampil membalas komen tersebut, Mas Khan menyatakan bahawa untuk tidak mudah percaya dengan khabar yang tersebar di laman sosial.

“Siapa kata? Jangan mudah terpedaya dengan social media,” balasnya.

Menguatkan lagi bahawa hubungan cinta mereka masih terjalin, dilihat Diana Nasimuddin turut meninggalkan komen romantis kepada Mas Khan.

Sekaligus, spekulasi mengenai perhubungan mereka telah terjawab selepas didakwa telah berpisah gara-gara Mas Khan memadam video lamaran mereka di media sosial.

Terdahulu, Mas Khan telah melamar Diana Nasimuddin pada 18 November tahun lalui.Baru-baru ini, pelakon Mas Khan memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang sedang berada di sebuah pulau bersama kekasihnya.

Menerusi perkongsian video tersebut, dilihat Mas Khan bercuti di sebuah pulau bagi menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Diana Nasimuddin.

Namun, timbul spekulasi mengenai dirinya yang didakwa telah berpisah dengan kekasihnya itu apabila dipersoal oleh wargamaya di ruangan komen.

Tampil membalas komen tersebut, Mas Khan menyatakan bahawa untuk tidak mudah percaya dengan khabar yang tersebar di laman sosial.

“Siapa kata? Jangan mudah terpedaya dengan social media,” balasnya.

Menguatkan lagi bahawa hubungan cinta mereka masih terjalin, dilihat Diana Nasimuddin turut meninggalkan komen romantis kepada Mas Khan.

Sekaligus, spekulasi mengenai perhubungan mereka telah terjawab selepas didakwa telah berpisah gara-gara Mas Khan memadam video lamaran mereka di media sosial.

Terdahulu, Mas Khan telah melamar Diana Nasimuddin pada 18 November tahun lalui.

Atiqah Johari