Hiburan By: Khairil Khusyairi June 13, 2024 @ 7:19pm

Didi Astillah Nak ‘Move On’, Tak Tahu Bila Akan Berbaik Dengan Aliff Aziz 

Penyanyi yang juga adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangga kakaknya bersama aktor sensasi, Aliff Aziz berakhir dengan baik.

Bercakap kepada XTRA, Didi berkata dia sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan kepada Bella.

“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini.

“Jangan putus doakan Bella, Insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini.

“Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung, semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Didi juga memaklumkan anak-anak saudaranya juga dalam keadaan baik

“Saya lihat Ayden dengan Ara menjalankan kehidupan seperti biasa, pergi sekolah dan main dengan kawan-kawan,” kongsinya

Disoal mengenai hubungannya bersama bekas abang iparnya iaitu Aliff pada masa akan datang, ini jawapan Didi;

“Saya tak mahu ulas fasal itu. Pada masa akan datang tidak tahu. Kita cuma manusia, tapi apa yang penting saya nak ‘move on’ daripada semua ini.

“Alhamdulillah, hari ini dah selesai,” ujarnya lagi.

Aliff Aziz

Pada Khamis, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Tak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Aliff Aziz – “Saya Juga Tak Harapkan Apa-Apa Daripada Aliff”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Cerai Berlangsung Hari Ini, Aliff Aziz ‘Kunci Mulut’… Bella Astillah Mohon Doa – “Doakan Yang Baik-Baik”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Dec 2023
Trending Sat, 4 May 2019

#SetulusIkhlas: 5 Kisah Menyentuh Hati Ini Pasti Buat Air Mata Korang Bergenang

Lebih sayu, lelaki tua yang dikenali dengan nama Pak Cik Zainal ini  hanya bertongkat namun semangat kental dan kegigihannya mencari rezeki menjual minyak attar dengan harga RM 1.50.

Trending Wed, 28 Feb 2018

Dare to Challenge This One-of-a-Kind Escape Room in Kuala Lumpur?

Good news for all thrill seekers as you can experience a different kind of adventure while playing this brand new escape room.

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Patutlah Malu-Malu, Dah Kahwin Rupanya…

Ketika ditanya tentang perjalanan majlis perkahwinan, tarikh dan lokasi, Ed menjawab dengan tenang dia sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya

Featured Fri, 24 Feb 2023
Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

来马宣传是「优差」四人心水视帝视后人选是他们!

香港TVB演员袁伟豪、王君馨、陈山聪和黄智雯配合《首要媒体集团2018年节目巡礼》日前来马宣传,常来大马的他们直呼是份优差!谈及即将来临的《万千星辉颁奖典礼》,四人大谈心目中“心水”视帝视后人选。

Trending Thu, 23 Aug 2018

Hilarious! Flying Roti Canai Accidentally Lands on Lady’s Head

The roti canai guy was trying to put on a show for the patrons but an unfortunate incident took place.