Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

“Mengapa tajuk cerita begitu? Sebuah persoalan yang selalu ada dalam fikiran saya.”

Demikian kata pelakon yang kian mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 21, yang enggan menjelaskan situasi sebenar punca dirinya dilabel sombong atau kekwat oleh segelintir peminat baru-baru ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon utama dalam siri drama Projek High Council itu tidak mahu melanjutkan perbualan ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Malah, hanya sempat meluahkan rasa kecewanya terhadap berita negatif yang tular melibatkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Dituduh Sombong? Netizen Tampil ‘Back Up’ – “Dia Pun Manusia Juga”

Sebelum ini, nama Amir Ahnaf mula menjadi bualan hangat netizen selepas seorang pengguna TikTok berasa kecewa kerana tidak dapat mengambil gambar dengan aktor tersebut.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, Amir dikatakan memalingkan muka dan tidak mengendahkan kehadiran peminatnya pada ketika itu.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir peminat yang berpendapat, pelakon itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan terlalu penat selepas terlibat dalam program nyanyian popular itu.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Salma Syahbuddin