Hiburan By: SGMS Faida August 2, 2019 @ 8:00pm

Diiktiraf Lelaki Paling Seksi, Apa Komen Remy Ishak?

Pelakon kacak Remy Ishak mengaku tidak pernah berasa dirinya seksi atau kacak sehingga layak diiktiraf sebagai selebriti lelaki paling seksi di Anugerah Stail EH! 2019, baru-baru ini.

Kata Remy ketika ditemui di majlis pelancaran butik terbaharu MINAZ  di pusat beli-belah SOGO  KL, beliau berterima kasih dengan pandangan peminat terhadap dirinya.

“Saya tak mampu nak jawab sebab kalau jawab nanti saya rasa saya perasan. Penghargaan peminat ini di luar jangkaan saya.

“Biasanya orang seksi tak rasa dia seksi pun, jadi saya tak pernah rasa seksi atau kacak pun, malah tak rasa saya popular pun. Saya adalah manusia biasa yang bekerja sebagai pelakon menghiburkan orang,” katanya syukur dengan anugerah itu.

Ketika ditanya bahagian tubuhnya yang dirasakan seksi, Remy sambil ketawa menjawab kemungkinan kening dan matanya.

“Itu kata mereka bukan saya,” katanya ringkas.  

Dalam pada itu, jelas Remy, dia menyifatkan definisi seksi adalah kematangan berfikiran bukan semata-mata fizikal dan bentuk badan.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

Netizen Terkejut Ara Johari Ungkap Kata-Kata Jiwang – “Jarang Eh Bagi Ayat Macam Ni”

Penyanyi terkenal, Ara Johari membuatkan peminatnya terkejut selepas dia memberikan kata-kata yang mengulas mengenai mencari kebahagiaan di dalam kehidupan. @arajohariofficial Bulu mata pun tak tenang 😂 #fypシ #pastitiba ♬ Pasti Tiba – Ara Johari Menerusi […]

Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Wed, 2 Mar 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Alhamdulillah…Farid Kamil Sudah Bebas!

Farid dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Hiburan Mon, 25 Mar 2024