Hiburan By: SGMS Enal April 17, 2019 @ 1:00am

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Pelakon Zara Zya mahu bersemuka dengan individu yang menghantar mesej menghentam dirinya dan keluarga di laman sosial.

Zara, 34, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia ingin tahu kenapa pihak terbabit berasa kurang senang terhadap dirinya yang menjalankan perniagaan bagi beberapa produk.

“Sampai hati kecam saya berniaga. Biarlah saya nak berniaga dan cari rezeki halal. Saya tidak menyusahkan sesiapa pun.

“Saya nak bersemuka dengan mereka. Saya nak tahu jawapan daripada setiap persoalan.

“Kalau rasa tak puas hati sangat, jumpa saja. Jika tidak pun, hantar e-mel atau mesej langsung (DM) dengan identiti sendiri. Jangan gunakan akaun palsu,” katanya kepada Harian Metro.

Zara yang dilantik menjadi duta Setulus Ikhlas program Ramadan dan raya TV3 berkata, individu terbabit tidak seharusnya membabitkan kedua ibu bapanya.

“Saya tak perlu ceritakan apa saya rasa, tapi ramai tahu saya sedih. Nak kutuk saya boleh, tapi jangan babitkan orang lain yang tidak ada kena mengena dengan apa saya buat dan di tempat kejadian. Kecam saya seorang saja.

“Kalau nak tegur, tegur elok-elok. Kalau tak suka saya sekali pun, cakap dengan bahasa baik dan jangan gunakan ayat kesat. Cuba kalau orang lain cakap perkara sama pada dia, apa dia rasa? Mesti marah, sedih dan ‘down’. Boleh jadi tak nak hidup lagi.

“Ini bukan pertama kali, tapi kerap terjadi pada saya. Tapi entah kenapa sejak kebelakangan ini dalam tahun ini, banyak pula yang memberikan aura buruk dan negatif pada saya terutama dalam perniagaan,” katanya.

Ditanya berkemungkinan wujud sikap dengki daripada orang sekeliling, Zara yang bakal muncul dalam drama Pia bagi siaran Ramadan ini berkata, dia tidak mahu menuduh sesiapa.

“Soal dengki mesti ada. Kita mencari rezeki dugaan banyak. Ada juga orang yang saya berkawan dan kenal, dia tikam belakang. Itu biasa dan orang lain pun lalui. Cuma perjalanannya berbeza.

“Cuma saya tak tahu nak cakap sebab tak tahu orang itu. Kalau kata orang terdekat, mungkin tidak. Sebab boleh jatuh hukum fitnah. Jadi, saya tak nak buat spekulasi.

“Perkara ini boleh buat saya menjadi tekanan. Ia akan mengganggu saya. Cukuplah dengan apa saya hadap setiap hari di Instagram (IG). Banyak lagi masalah lain saya kena fikir.

“Saya kongsi mesej individu itu di IG sebab nak tahu jawapan daripada orang luar. Kenapa perlu wujud sikap sebegitu. Mungkin peminat di luar tahu jawapannya,” katanya.

Terdahulu, Zara berkongsi di IG paparan mesej dihantar seorang individu secara DM yang memaki dirinya kerana menjalankan perniagaan.

Dalam mesej itu, individu berkenaan turut mengaitkan kehidupan kedua ibu bapanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 May 2018

Malu Punya Pasal, Sam Smith Bakal Ke Mahkamah

Dia merasakan peminat tidak akan boleh menerima lagu-lagu ‘terlebih jiwang’ yang diciptakannya pada zaman dahulu. Hurm… belum cuba belum tahu kan?

Featured Wed, 6 Oct 2021

Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat […]

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

‘Aafiyah Anak Yang Matang’ -Siti Nurhaliza

Selagi boleh, saya akan cuba bawa Aafiyah…

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Selepas Rossa, Afgan Pilih Penyanyi Malaysia?

Saya harap impian dapat jadi kenyataan tidak lama lagi…