Hiburan By: SGMS Faida October 4, 2019 @ 2:23pm

Dikecam Peminat BTS…Apa Komen Alif Satar?

Dikecam netizen selepas tersalah memberi fakta mengenai jumlah anggota kumpulan Bangtan Boy atau BTS, penyanyi Alif Satar tampil dengan penjelasan tersendiri.

Kata Alif, dia faham dengan situasi peminat kumpulan terkenal itu namun meminta agar mereka tidak terlalu mengambil serius akan hal ini

“Tak perlu sampai bergaduh. Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Jangan sampai taksub dan bergaduh. Di akhirat nanti, kita tidak ditanya pun soalan seperti ini,” katanya ketika ditemui Xtra.  

Baru-baru ini, Alif dikecam peminat kumpulan terkenal dari Korea Selatan, Bangtan Boys atau BTS itu yang menghentamnya baru-baru ini kerana kononnya, dia salah memberi fakta mengenai jumlah anggota kumpulan itu.

Dalam masa sama, Alif memberitahu ada juga ‘army’ yang menyokongnya dalam hal ini.

“Ini kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun. Jangan dibesarkan isu ini lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alif bakal tampil di Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar & Raihan yang akan berlangsung pada 2 November ini di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Nabil Mahir Dan Sarah Hilderbrand Putus?

Betul ke putus? Tak kot…

Hiburan Wed, 11 May 2022
Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Sat, 3 Feb 2018

Norman Hakim Meratap Pemergian Anak Sulungnya

Sedih pula tengok pelakon Norman Hakim meratap atas kepergian anak sulongnya, Mohamed Danish  dengan bekas isteri, Abby Abadi yang berangkat ke Turki bagi melanjutkan pengajian hafazan di sana.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Reda Anak Lebih Popular’- Betty Rahmad

Mungkin disebabkan perwatakannya yang digelar Happy Baby, jadi ramai yang sayang padanya

Featured Tue, 8 Aug 2023
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Single terbaharu Andi bakal dikeluarkan pada Mac ini, tak sabarnya!

Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023