Dikritik Tak Jaga Pantang, Emma Maembong Terpaksa Tahan Lapar & Bersenam Untuk Kurangkan Berat Badan -“Memang Tak Sentuh Nasi Sampai Saya Jadi Cranky!”

Pelakon jelita, Emma Maembong sebelum ini dikritik gara-gara tidak menjaga pantang dengan serius selepas melahirkan anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.

Bagaimanapun, Emma tidak berkecil hati dengan kritikan yang diterima malah menganggap komen netizen itu sebagai mengambil berat tentang dirinya.

Susulan isu tersebut, Emma mengaku bukan mudah untuknya menurunkan berat badan, apatah lagi dia terpaksa menahan lapar dan mengamalkan senaman bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.

“Pada peringkat awal saya langsung tidak menyentuh nasi. Tidak dinafikan menganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar. 

“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukanlah mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.

“Seandainya tidak bersenam, lemak selepas bersalin itu menjadi tepu dan sukar untuk dikurangkan. Jadi, ambil masa juga sebenarnya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu pantang seperti yang tular sebelum ini, Emma kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut dek kerana tidak mahu menimbulkan salah faham.

“Tak perlu rasanya saya jelaskan kerana tak mahu menimbulkan salah faham.

“Apa yang saya boleh katakan, jangan paksa diri dan kenali tubuh anda, ambil supplement dan kena tahu apa yang badan anda perlukan,” jelasnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Dikutuk Gara-Gara Perut Buncit, Ini Respons Padu Emma Maembong

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Keluar Rumah Selepas Bersalin 10 Hari, Ini Penjelasan Emma Maembong

ARTIKEL BERKAITAN:Kerap Ditegur Netizen Soal Pantang Larang Lepas Bersalin, Emma Maembong Akhirnya Buka Mulut

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin