Dilabel Bengap & B*doh, Hati Fasha Sandha Terguris Apabila Dikritik Tak Peka Isu Palestin – “Saya Jenis Kalis Kecaman Tapi…”

Pelakon berkaliber, Fasha Sandha mengakui terguris hati apabila ada individu mendakwa dirinya tidak peka terhadap trajedi menimpa rakyat Palestin yang direjam tanpa belas kasihan oleh tentera Israel.

Menerusi perkongisan di Instagram, aktor drama rantaian popular Rampas Cintaku ini berkata pihaknya ada menyalurkan bantuan dan terkesan atas nasib menimpa Palestin dan Gaza.

Fasha memuat naik tangkapan skrin komen individu berkenaan yang menggelarkannya b*d*h dan bengap gara-gara tidak menunjukkan rasa duka secara terbuka terhadap isu peperangan yang membunuh ramai rakyat Palestin tidak bersalah itu.

Jelas isteri kepada aktor Aidil Aziz ini juga, meskipun dia kalis kecaman, namun hatinya sedikit terguris apabila dikritik sedemikian.

Dear saudara islamku. Saya turut berdukacita, turut mendoakan, juga turut titipkan bantuan, tapi apabila saya buat posting berkenaan kerja saya untuk @inayahbeautytrading bukan bererti saya tidak berdukacita dan peka terhadap palestine dan Gaza.

“Hidup kita semua harus diteruskan, sama juga seperti rancangan nyanyian dan hiburan di TV juga tetap diteruskan walau semua sedang berduka.

“Walaupun saya ni jenis kalis kecaman, ada juga sedikit terguris, bila kita sama-sama saudara islam, kata saya tak peka terhadap Palestine dan Gaza. Mungkin cik boleh check, samada team kami peka atau tidak terhadap Palestine Gaza.

“Baru cik boleh kembali untuk bagi komen sebegini. Apapun….. Terima kasih,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi sokongan kepada Fasha untuk tidak mengendahkan komen tersebut.

Artikel Berkaitan: Penampilan Terkini Fasha Sandha Dikritik, Ini Respons Aidil Aziz! – “Tak Kurus Pun Isteri Saya Sentiasa Seksi”

Artikel Berkaitan: Followers Instagram Naik 25,000! Video Mesra Dalam Kolam Kena Kecam, Fasha Sandha Hanya Mahu Tunjuk Kebahagiaan Suami Isteri

Aqilah Paharuzi