Hiburan By: Salma Syahbuddin March 8, 2018 @ 2:54am

Dilabel Isteri Derhaka, Ziana Zain Tuju Kata Pedas Buat Netizen

Sejak isu suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri ditangkap atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada anak lelakinya yang berusia sembilan tahun, Ziana Zain kini dihentam netizen sehingga dilabel sebagai isteri derhaka kerana membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Walaubagaimana pun, Ziana Zain cuba mendiamkan diri dan telah meminta ruang dan privasi untuk dirinya dan keluarga bertenang. Namun, setelah diasak dengan pelbagai komen dan kata-kata kesat, Ziana bagaimanapun telah memuat naik satu gambar dilaman instagramnya semalam yang seakan-akan menunjukkan perasaan penyanyi itu pada ketika ini.

Perkongsian Ziana Zain ini telah mendapat 24,486 likes daripada followers beliau. Dan, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi peminat terhadap Kak Ziana Zain kita. Rata-rata ramai yang memberikan sokongan dan mendoakan agar kes tersebut berjalan dengan lancar.

Namun, terdapat segelintir followers melemparkan kata-kata yang dianggap kesat kepada penyanyi kesayangan ramai ini. Bagi Ziana Zain, netizen jangan pernah menilai perjalanan hidup beliau jika mereka tidak pernah melaluinya. 

 

Bagi Ziana Zain, netizen jangan pernah menilai perjalanan hidup beliau jika mereka tidak pernah melaluinya. Dan kenyataan ini disokong oleh beberapa artis tanah air yang sentiasa menyokong kerjaya seni beliau.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat kak Ziana Zain semoga beliau terus tabah dan kuat menjalani kehidupan ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Aug 2021

“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi. Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri […]

Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Sat, 17 Nov 2018

Shalma Eliana Tiada Niat Tumpang Populariti Kakak

Baru berusia 18 tahun, Shalma Eliana bertuah kerana mendapat peluang menyanyikan lagu ciptaan Malique & Dedeq. Good Luck Yana!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019