Featured By: Aqilah Paharuzi October 14, 2022 @ 7:42pm

Dilabel ‘Looser’ & Acah Berhati Mulia, Puteri Sarah Selar Individu Mulut Celupar – “Family Belah Sana Eh? Salah Tingkap Ni”

Kes saman membabitkan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar masih belum selesai.

Puteri Sarah baru-baru ini menjelaskan dia tidak akan berputus asa dan membuat tuntutan berhubung kes berkenaan.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Puteri Sarah memuat naik tangkapan skrin berita Harian Metro yang mempersoalkan mengenai kesnya bersama Ira Kazar.

Berdasarkan ruangan kapsyen, ibu anak dua itu menegaskan, dia tidak akan berdiam diri dan berputus asa selagi pihak yang terbabit tidak dikenakan tindakan selanjutnya.

“Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case meang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year.

“Syariah court, soon, and I’m waiting for it. Case closed? Hell no! Never! Justice will prevail. Kita ada banyak channel boleh pergi, kita ada banyak akta. Insya-Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, Puteri Sarah juga dilabel ‘looser’ oleh seorang individu serta menganggap selebriti ini sengaja panjang cerita.

“You looser, dah saman tak payah tarik. Sibuk dok pk (bapak Ira) takyah acah-acah hati mulia, ko yang suka panjang cerita. Eee meluat aku kes tak ada kesudahan,” tulis individu berkenaan beserta emoji muntah.

Tidak berdiam diri, isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof ini tampil membidas komen tersebut yang mendakwa individu berkenaan adalah wakil daripada pihak Ira Kazar.

“Siapa kata i tarik? Kes tengah berjalan. Malas baca caption eh? Family belah sana eh? Salah tingkap ni,” katanya.

Ramai yang turut mendoakan agar kemenangan berpihak pada Puteri Sarah.

Menerusi entri terbaharu aktres Suri Hati ini, dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh pihak JAWI berkenaan kes tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Pukul Anak, Paling Terkilan Saya Tertekan Sampai Susu Badan Kering… ” – Puteri Sarah Dedah Detik Duka Berdepan Konflik Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Mar 2020
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Tiada Lagi #Jelena, Bieber Umum Dah Bertunang

Tambah Bieber, hatinya kini hanya milik gadis berusia 21 tahun itu. Wah, romantik habis!

Featured Thu, 3 Jun 2021

Sistem Kesihatan Mungkin Lumpuh Sepenuhnya Menjelang 5 Jun

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin […]

Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 29 Jan 2020
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Mon, 14 Aug 2023