Dilabel Tak ‘Sayang’ Bini Gara-Gara Usia Kandungan Terlalu Rapat, Ini Respons Fizo Omar – ” Saya Target Ada Anak Ramai”

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar terkejut apabila ramai pihak yang mendakwa dia tidak menyayangi isterinya, Fazeera Nazri dek kerana usia kelahiran anak pertama dan keduanya terlalu dekat.

Menurut Fizo atau nama penuhnya, Wan Hafizol Wan Omar, 38, dia mempunyai target untuk memiliki anak yang ramai pada usia yang masih muda.

“Banyak saya terima komen daripada netizen, ‘kau tak sayang bini ke?’, ‘kau tak rancang’. Okay akak-akak semua, macam ni.

Saya ni umur dah nak cecah 40 tahun, katalah saya bagi ‘gap’ anak sayang lima tahun, saya target ada ramai anak. Takkanlah umur 50 tahun saya tengah dukung baby lagi, dan umur 60 tahun baru anak masuk sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut, Fizo menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan baru-baru ini menjelaskan tentang kebimbangannya untuk mencari nafkah dan perbelanjaan anak-anaknya untuk ke sekolah apabila sudah menginjak usia 60 tahun nanti.

 

Terdahulu, netizen tampil menegur tindakan Fizo menerusi komen di ruangan balas Instagramnya apabila meminta pengacara itu untuk membenarkan isterinya ‘berehat’ bagi menjaga kesihatan dalaman wanita.

 

Sekadar info, Fizo dan Fazeera selamat menerima kehadiran bayi perempuan kedua mereka seberat 3.07 kilogram yang diilahirkan pada 19 Mei lalu di Hospital Andorra, Seri Kembangan, Selangor pada jam 5.57 pagi.

Salma Syahbuddin