Featured By: Maya Basir May 26, 2023 @ 2:50pm

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Bermula dengan ‘busking’ ketika berusia 13 tahun dan menyandang gelaran juara program realiti nyanyian, penyanyi Dinda Dania tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Lari-Lari’.

Lagu tersebut diciptakan oleh barisan komposer terkemuka negara iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves dan dibawah terbitan Rocketfuel Entertainment.

Menurut Dinda, pengorbanannya untuk menjadi penyanyi akhirnya menjadi kenyataan selepas dilamar pihak Rocketfuel untuk menjadi artis di bawah label mereka.

“Pengorbanan saya dalam bidang seni ternyata bukan sia-sia lagi apabila kini bergelar penyanyi sekaligus tampil dengan lagu sendiri, ibarat mimpi menjadi kenyataan, saya sangat terharu diberikan oleh pihak Rocketfuel terutamanya.

“Pihak Rocketfuel yang menentukan lagu pengenalan saya kerana mereka lebih arif apa yang sesuai dengan saya untuk ‘kick-off’ single pertama, selain mengambil kira trend lagu sekarang,” ujarnya.

Lagu Lari Lari ini mengisahkan tentang seorang wanita yang terkejar-kejarkan cinta seorang lelaki namun dibayangi perasaan cemburu kerana lelaki itu sering dikelilingi wanita-wanita lain lalu wanita tersebut memendam perasaan cinta yang tidak kesampaian.

Proses rakaman yang mengambil masa dua hari sahaja ini sesuai dengan halwa telinga pendengar zaman sekarang yang bernuansa EDM (Electronic Dance Music).

Selain itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, bakat Dinda tidak diragui lagi kerana telah memenangi beberapa pertandingan sebelum ini.

“Dinda adalah di antara penyanyi pelapis tanah air yang patut diberi perhatian, bakatnya dalam bidang nyanyian sememangnya terserlah dan tidak perlu diragui lagi kerana telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian sebelum ini.

“Saya berharap lagu Lari-Lari nyanyian Dinda mendapat perhatian dan menyerlahkan lagi bakat semula jadi yang dimilikinya, semoga Dinda terus sukses dan maju dalam industri hiburan negara kita,” katanya.

Lagu Lari-Lari boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Lebih Tenang, Mungkin Tutup Selamanya

Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu dengan pandangan netizen mengenai diri saya…

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

Featured Tue, 3 Aug 2021

Nur Dhabitah Akui Sudah Ada Kekasih?

Nama atlet Nur Dhabitah Sabri tidak asing lagi apabila beliau menjadi kebanggaan negara dan berjaya mengharumkan Malaysia dalam temasya-temasya sukan besar. Namun sejak penglibatannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, segala yang dilakukan oleh Dhabitah mula

Hiburan Sat, 19 May 2018

Bella Enggan Ulas Punca Cerai, Mahu Move On

Bella pun dah move on, tidak mahu beri ulasan tentang penceraian. Give space ye !!

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Kekasih Hadiahkan Elvina Kuda Argentina

Kuda yang diberi nama Indiana baka Argentina pemberian untuk bakal suri hati Elvina

Trending Mon, 29 Oct 2018

Pesawat Lion Air JT170 Ditemui Terhempas Di Laut

Pesawat jenis JT-610 itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi dan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi waktu tempatan.

Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Featured Wed, 12 Jan 2022

Akibat Curi Duit Surau – Jejaka Diperlakukan Seperti Mandi Jenazah, Netizen Anggap Ia Satu Hukuman Memalukan Agama

Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemuda yang didakwa mencuri duit surau melalui proses mandi jenazah dan ia dilakukan oleh beberapa jemaah. Video berdurasi 1:26 minit itu mempamerkan seorang lelaki tua yang dipercayai

Events Sun, 23 Feb 2020
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Kenapa Filem Winnie The Pooh ‘Haram’ Di China?

Beruang penggemar madu itu juga dilaporkan menjadi ‘bahan’ oleh pihak pembangkang dan digunakan sebagai simbol penentangan. Atas sebab itu, kerajaan di Beijing juga menapis imej dalam talian Winnie the Pooh.

| Live TV

error: Content is protected !!