Diminta Buang Gambar Bersama Kazar, Ini Respons Fasha Sandha – “Saya Tak Pernah Campur Hal Peribadi…”

Pelakon Fasha Sandha menerima kecaman daripada netizen gara-gara memuat naik foto bersama pelakon Kazar.

Memetik laporan Gempak, Fasha menjelaskan tujuan perkongsian tersebut adalah untuk mempromosikan drama yang mereka berdua sedang menjalani penggambaran bersama.

“Ya, saya diberitahu ramai yang minta posting ada gambar abang Kazar dibuang. Saya hanya menjalankan tugas sebagai pelakon, posting saya adalah untuk drama tersebut.

“Saya tak tahu kenapa saya perlu buang gambar abang Kazar kerana dia turut berlakon dalam drama tersebut dan dia menjadi pilihan penerbit dan stesen TV tersebut,” jelasnya.

Selain diminta gambar Kazar dibuang, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memaklumkan dia hanya menjalankan tugas sebagai pelakon dan tidak mahu mencampurkan urusan kerja dan peribadi.

“Saya pula hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon. Setiap pelakon perlu membuat posting untuk promosi drama itu.

“Saya tidak pernah campur hal peribadi mana-mana pelakon, saya hanya menjalankan tugas dan komitmen sebagai pelakon. Apa-apa pun terima kasih kepada yang mengambil berat. Saya amat hargai,” ujarnya.

Terdahulu, netizen menganggap Fasha tidak sepatutnya bergambar dengan Kazar kerana kontroversi yang melibatkan anaknya iaitu Ira Kazar.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Maya Basir