Diminta Kembali Menutup Aurat, Elyana Tampil Tegur Semula Aurat Seorang Individu? – “Berhijab Tapi Pakaian Seolah Tel*njang Dik!”

Penyanyi Elyana menegur aurat seorang individu yang menggayakan baju mandi kurang sopan.

Ianya bermula apabila seorang individu meninggalkan komen menerusi hantarannya di Instagram dengan berkongsi berita kehilangan kawannya dan mendoakan agar Elyana kembali menutup aurat.

“Kawan saya cancer survivor dan meninggal minggu lepas sebab jangkitan kuman. Saya doakan kak El kembali tutup aurat macam masa sakit hari tu,” ujarnya.

Tidak berdiam diri, Elyana membalas dengan menyatakan bahawa kematian itu sudah pasti akan berlaku.

“Kita semua akan meninggal dik. Awak pun esok lusa boleh meninggal atau bila-bila masa sel kanser awak boleh active.

“Terima kasih doakan akak. Akak pun harap awak dapat terima nasihat akak,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini turut memberikan pesanan buat individu tersebut agar lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian.

“Awak dah elok berhijab, tapi janganlah berpakaian seolah telanjang dik. Banyak lagi pilihan baju mandi atau adik jangan post kalau pakai macam tu, nak bagi siapa tengok?

“Sampai nampak bentuk private part awak.. adik tak malu ke. By the way, zaman pakai baju ketat tunjuk body ni dah lapok sebenarnya. Semoga adik istiqomah,” pesannya.

Maya Basir